30 warga asing hadir jamuan Aidiladha ditahan

30 warga asing hadir jamuan Aidiladha ditahan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Seramai 30 warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan selepas menghadiri jamuan Aidiladha di Taman Selayang Utama, Batu Caves, hari ini.

 

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, menyerbu sebuah rumah pada jam 10 pagi tadi, sebaik menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berhampiran.

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata ketika serbuan pihak polis mendapati semua 30 warga asing terbabit termasuk seorang wanita tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun mengadakan jamuan makan sempena Aidiladha.

“Siasatan awal kita mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

See also  Polis buru pemandu kereta rempuh khemah SJR

 

“Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Zainal Mohamed berkata, semua 29 warga asing lelaki dan seorang wanita itu dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut.

See also  Warga asing cuba rempuh polis ditahan

 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebak ke jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa; Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen iaitu tidak memiliki pas atau permit sah tinggal di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal di Malaysia melebihi masa dibenarkan,” katanya.

 

Semua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, esok, bagi permohonan reman.

 

Wanita tempatan yang ditahan itu pula dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

See also  Tiga kali polis tumbuk muka saya

 

Oleh Safeek Affendy Razali

Julai 20, 2021 @ 10:34pm

safeek@bh.com.my

 

#BeritaHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 30 warga asing hadir jamuan Aidiladha ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156711
Users Today : 552
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23366
Users Last 30 days : 78797
Users This Month : 50436
Users This Year : 156710
Total Users : 156711
Views Today : 988
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35401
Views Last 30 days : 121338
Views This Month : 77539
Views This Year : 239929
Total views : 239930
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares