Tiga lori misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik

Tiga lori misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik

 

BENTONG – Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik semalam kerana gagal mengemukakan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga buah lori yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan itu diarah berpatah balik dan tidak dikenakan kompaun.

 

“Sebenarnya tiada isu, bila kita tanya ada atau tidak kebenaran dia (pemandu) kata tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi kami tidak benarkan masuk.

See also  Broker wanita pukul bunuh kucing direman 4 hari

 

“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang sepertimana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,”katanya di sini hari ini.

 

Menurutnya, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di SJR Bentong di sini.

 

See also  Fenomena 'Musim sejuk' di Malaysia berlanjutan hingga Februari 2023

Beliau berkata, sekiranya perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

 

Sementara itu Zaiham berkata, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong.

 

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang ini sebanyak 53 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana tujuan pergerakan tidak munasabah dengah menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – K! ONLINE

See also  Penggondolan hutan penyebab harimau merayau masuk kampung

 

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

21 Julai 2021, 6:50 pm

Gambar: Ebit Lew

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga lori misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385639
Users Today : 1717
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17402
Users Last 30 days : 60955
Users This Month : 12643
Users This Year : 385638
Total Users : 385639
Views Today : 2632
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25798
Views Last 30 days : 92931
Views This Month : 18717
Views This Year : 593411
Total views : 593412
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares