Video✓✓Ambil 36 bungkus nasi ganja’ dengan helikopter

Ambil 36 bungkus nasi ganja’ dengan helikopter

 

IPOH, 23 Julai – Sebuah helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh, di sini, hari ini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar yang popular di bandaraya itu yang lebih dikenali sebagai nasi ganja’.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di sebelum mendarat.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang dihubungi mengesahkan sebuah helikopter dikesan berada di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi.

See also  Carl Samsudin mohon maaf

 

“Setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” katanya.

 

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya sudah salurkan maklumat tersebut kepada pihak CAAM untuk siasatan lanjut.

 

Sementara itu, pemilik perniagaan nasi ganja yang enggan namanya disiarkan mengesahkan dia menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

See also  (VIDEO) Hanya jiwa kental sahaja mampu menyeberangi Sungai Mansiang

 

Menurutnya, pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

 

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.

 

“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.

“Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ini merupakan tempahan paling mewah yang pernah saya terima tetapi harganya tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus,” katanya.

See also  Pesan Makanan COD menjerat ramai Raider

 

#Ipoh #Perak

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Ambil 36 bungkus nasi ganja’ dengan helikopter " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148533
Users Today : 140
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23839
Users Last 30 days : 79931
Users This Month : 42258
Users This Year : 148532
Total Users : 148533
Views Today : 180
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36466
Views Last 30 days : 122682
Views This Month : 64596
Views This Year : 226986
Total views : 226987
Who's Online : 19
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares