Dengɑn RM3,000 Sudɑh BoIeh Mɑsuk MaIaysia

Dengɑn RM3,000 Sudɑh BoIeh Mɑsuk MaIaysia

SEBERANG JAYA: Seorang penghvni etnik Rohingya di Pangsapuri Taman Sutera di sini mengakui dirinya membayar sejumlah RM3,000 untuk memasuki Malaysia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Hanya dikenali sebagai Amnullah, 34, dia mengakui masuk ke dalam negara dengan menaiki bot dari Thailand.

 

“Pada awalnya, saya datang sendirian dan tidak membawa isteri dan anak. Hanya beberapa tahun kemudian, baru isteri saya datang dengan seorang anak saya yang sekarang berumur 10 tahun.

 

“Masa itu, isteri saya  membayar RM4,000 untuk masuk ke sini (Malaysia),” katanya ketika ditemui Sinar Harian dalam operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Selasa.

 

Menceritakan lebih lanjut, Amnullah berkata, ada antara rakannya yang meninggal dunia di dalam bot sewaktu perjalanan masuk ke Malaysia, malah mayat tersebut terpaksa dibuang ke laut atas sebab tertentu.

See also  Wanita Rohingya dari kem pelarian Indonesia diseludup masuk Malaysia

 

Dalam pada itu, dia yang kini memiliki tiga anak masing-masing berusia tujuh bulan, tiga tahun dan 10 tahun kini menyewa rumah dengan harga RM500 sebulan.

 

Amnullah ketika ditemui Sinar Harian selepas pemeriksaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pangsapuri Taman Sutera, Seberang Jaya pada Selasa.

 

Katanya, dia sudah berada di Pulau Pinang lebih 10 tahun dan hanya bekerja sendiri dengan gaji harian sekitar RM60 hingga RM70 bergantung upah atau kerja yang dilakukannya.

 

“Saya syukur berada di sini, boleh hidup dan boleh jalan cari makan. Sangat beza di negara asal kerana kami (Rohingya) ditindas.

See also  Video✓✓Warga asing pandu lawan arus hampir bertembung dengan kereta grab

 

“Bila negara asal sudah selesai (aman), saya akan pulang,” katanya.

 

Sementara itu, dalam operasi yang disertai pelbagai agensi dalam KDN, seramai 96 orang etnik Rohingya diperiksa di Rumah Pangsa Jalan Terubuk membabitkan 33 lelaki, 25 wanita selain 19 kanak-kanak lelaki serta 19 kanak-kanak perempuan.

 

Di Pangsapuri Taman Sutera pula, seramai 67 etnik Rohingya diperiksa terdiri daripada 25 lelaki serta 23 wanita, manakala selebihnya membabitkan sembilan kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan.

 

Difahamkan, kesemua mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan tidak boleh ditahan oleh pihak berkuasa di negara ini – Sinar Harian

See also  Asal jadi duit, Bangla jual borang PALSU rentas negeri diberkas

 

Pihak bicaraminda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dengɑn RM3,000 Sudɑh BoIeh Mɑsuk MaIaysia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367073
Users Today : 1985
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11705
Users Last 30 days : 64052
Users This Month : 56091
Users This Year : 367072
Total Users : 367073
Views Today : 2959
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17855
Views Last 30 days : 98996
Views This Month : 86797
Views This Year : 565863
Total views : 565864
Who's Online : 10
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares