50 pokok kelapa sawit tanam secara haram dimusnahkan

50 pokok kelapa sawit tanam secara haram dimusnahkan

Kuantan: Niat mahu meraih hasil pertama jualan kelapa sawit yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Lepar tidak menjadi kenyataan apabila 50 pokok itu dimusnahkan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Operasi Musnah yang dilakukan di kompatmen 33 seluas 0.73 hektar mengambil masa kira-kira dua jam untuk memusnahkan pokok dianggarkan berusia antara empat hingga lima tahun itu.

 

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, individu terbabit menggunakan kaedah tanam dan tinggal di peringkat awal dan apabila pokok mencapai usia dua hingga tiga tahun mereka mula membaja mengikut sistem.

See also  Percakaran antara peniaga tanpa lesen dan Penguatkuasa¬†

 

Katanya, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa individu terbabit membiarkan kawasan kebun ditumbuhi rumpai tebal.

 

“Kebun kelapa sawit haram itu dikesan selepas Unit Tindakan Khas (UTK) PHD Kuantan, Pekan dan Maran yang melakukan rondaan berkala bagi cegah ceroboh kawasan hutan simpan di daerah ini.

 

“Kedudukan kebun berkenaan dalam kawasan bekas lesen pembalakan, ia dipercayai didalangi seorang individu tempatan. Bagaimanapun kita gagal mengesan dalang itu,” katanya yang turut sama menyertai operasi berkenaan, semalam.

See also  Punca Kanser dan angin ahmar serta sakit jantung Aldehyde dalam minyak menggoreng

 

Beliau berkata, individu yang melakukan kegiatan itu dipercayai sudah biasa dengan kawasan terbabit dan mengambil kesempatan untuk menanam pokok kelapa sawit selepas aktiviti pembalakan di situ selesai.

 

Norshazlee berkata, Operasi Musnah semalam yang disertai lebih 40 kakitangan PHD Kuantan, Pekan dan Maran termasuk Unit Penguatkuasa Zon Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), dengan pemantauan sepenuhnya oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjamin keselamatan petugas.

See also  Kejatuhan harga sawit terbesar sejak 13 tahun
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 50 pokok kelapa sawit tanam secara haram dimusnahkan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378101
Users Today : 1696
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16240
Users Last 30 days : 61491
Users This Month : 5105
Users This Year : 378100
Total Users : 378101
Views Today : 2297
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24174
Views Last 30 days : 94426
Views This Month : 7462
Views This Year : 582156
Total views : 582157
Who's Online : 13
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares