CCTV✓✓Wanita diragut ketika hendak ke hospital

Wanita diragut ketika hendak ke hospital

 

 

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah flat di Selayang Makmur, Batu Caves, Gombak menjadi tular di Facebook.

 

GOMBAK – Seorang wanita diragut di tempat letak kenderaan di sebuah flat di Selayang Makmur, Batu Caves di sini pada Khamis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa bersama suaminya hendak menaiki kenderaan e-hailing untuk ke Hospital Selayang.

See also  {VIDEO}Peragut yang sama bermaharajalela di kawasan Gombak

 

“Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa bersama suaminya didatangi seorang lelaki menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah yang bertindak meragut rantai emas milik mangsa dan terus melarikan diri.

 

“Nilai rantai emas dianggarkan lebih kurang RM3,500,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

See also  Kes konstabel maut: Pembantu kedai santan dipenjara, didenda

 

Katanya, suspek dikesan membawa sebuah beg ‘delivery’ berwarna oren di bahagian tempat penumpang motosikal.

 

“Polis menjalankan usaha untuk mengesan suspek ini.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada Sabtu, tular satu video di Facebook memaparkan kejadian samun melibatkan mangsa seorang wanita yang diragut rantai lehernya oleh suspek lelaki yang menaiki sebuah motosikal di kawasan Taman Selayang Makmur, Batu Caves di sini.

See also  Covid19 ragut lagi 6 mangsa
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV✓✓Wanita diragut ketika hendak ke hospital " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133179
Users Today : 1574
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20491
Users Last 30 days : 69194
Users This Month : 26904
Users This Year : 133178
Total Users : 133179
Views Today : 2524
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31867
Views Last 30 days : 108209
Views This Month : 41843
Views This Year : 204233
Total views : 204234
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares