Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

 

LIPIS – Tindakan seorang wanita yang bertindak memanjat pokok kundang dan enggan turun sehingga ke malam menggemparkan penduduk di sekitar Kampung Keledek di sini, malam semalam.

Wanita berusia 30-an yang dipercayai mempunyai masalah mental itu juga dikatakan beberapa kali mengugut untuk terjun sebelum penduduk kampung bertindak menghubungi pihak bomba.

See also  PEMUDA DITAHAN CUBA SAMUN DALAM TANDAS WANITA

 

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 11.16 malam bergegas ke tempat kejadian.

 

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memujuk wanita berkenaan dengan pelbagai cara.

 

“Namun akhirnya wanita itu turun dengan selamat selepas dipujuk dan diajak minum bersama anggota bomba,”katanya di sini, hari ini.

See also  PENJELASAN DARI MAJLIS BANDARAYA IPOH BERKENAAN JALAN ROSAK

 

Menurut Shahrul Nizam, berdasarkan maklumat diterima wanita berkenaan mula memanjat pokok kira-kira pukul 6 petang.

 

Ujarnya, wanita berkenaan dipercayai pernah beberapa kali bertindak memanjat pokok dan enggan turun pada tahun lalu.- K! ONLINE

Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

 

See also  Wanita cedera terkena sabit

=======================????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385560
Users Today : 1638
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17323
Users Last 30 days : 60876
Users This Month : 12564
Users This Year : 385559
Total Users : 385560
Views Today : 2511
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25677
Views Last 30 days : 92810
Views This Month : 18596
Views This Year : 593290
Total views : 593291
Who's Online : 8
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares