Yong Siput cedera digigit anjing

Yong Siput cedera digigit anjing

July 24, 2021

Seekor anak gajah betina yang dipercayai terpisah daripada kawanannya ditemui di bawah jambatan besi di Perkampungan Orang Asli Poi dekat sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Anak gajah yang dinamakan Yong Siput itu berusia dua tahun dengan anggaran berat 60 hingga 70 kilogram dan dijumpai pekerja ladang kelapa sawit pada pukul 7.30 pagi.

See also  Punca Kekurangan sumber makanan menyebabkan gajah menceroboh perkampungan

 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, terdapat kesan kecederaan dan luka di badan anak gajah itu dipercayai digigit anjing.

 

Katanya, rawatan awal telah diberikan kepada mamalia itu dan keadaannya dilaporkan stabil.

 

“Anak gajah itu telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Sungai Siput, terdapat luka-luka kecil pada tubuh gajah itu dipercayai digigit anjing.

See also  {Video} Paus berukuran lebih tiga meter terdampar di pantai Kuala Baram

 

“Rawatan luka telah diberikan dan anak gajah itu kini dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, anak gajah tersebut akan dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang.

 

See also  Video✓✓Maut Diserang Gajah ketika memberi Makanan

Sumber: Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Yong Siput cedera digigit anjing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145998
Users Today : 2447
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21304
Users Last 30 days : 77396
Users This Month : 39723
Users This Year : 145997
Total Users : 145998
Views Today : 3363
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32420
Views Last 30 days : 118636
Views This Month : 60550
Views This Year : 222940
Total views : 222941
Who's Online : 56
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares