Kapal TLDM, KD Jebat Adakan Latihan Dengan Kapal HMS Queen Elizabeth, CSG21

Kapal TLDM, KD Jebat Adakan Latihan Dengan Kapal HMS Queen Elizabeth, CSG21

 

 

Menurut akaun Twitter Komander CSG21 iaitu Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse hari ini, beliau mengumumkan di dalam Bahasa Malaysia bahawa UK Carrier Strike Group telah mengadakan latihan bersama TLDM.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut mengadakan latihan bersama dengan kapal-kapal daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth.

 

Menurut akaun Twitter Komander CSG21 iaitu Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse hari ini, beliau mengumumkan di dalam Bahasa Malaysia bahawa UK Carrier Strike Group telah mengadakan latihan bersama TLDM.

 

See also  Angkatan Tentera Malaysia usir 38 Pati

“Latihan ini mencerminkan komitmen bersama terhadap keselamatan maritim dan kerjasama serantau di Asia Tenggara. #CSG21 #Global Britain,” kata beliau dalam ciapannya di dalam akaun Twitternya hari ini.

 

Dalam ciapan Twitter Komander CSG21, beliau tidak menerangkan bentuk latihan yang dijalankan dengan kapal TLDM itu atau di mana.

 

Bagaimanapun dalam empat keping gambar yang sertakan bersama ciapan beliau itu, kapal TLDM yang terlibat sama adalah KD Jebat (FF29), manakala latihan itu berkemungkinan Passing Exercise (PASSEX).

 

Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

Walau apapun, kita ucapkan tahniah kepada TLDM dan Selamat Datang kepada CSG21 dan HMS Queen Elizabeth.

 

Setakat berita ini ditulis, tiada lagi kenyataan daripada TLDM.

 

Terdahulu, sebuah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Astute Tentera Laut British, “HMS Artful” membuat kemunculan dengan dengan berlayar pada permukaan di perairan Singapura hari ini.

See also  Tiga pelajar cedera jatuh jambatan ketika mencari internet

 

Kapal selam berkuasa nuklear itu, merupakan salah sebuah daripada kapal pengiring kepada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) dan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang dipercayai bakal memasuki Selat Melaka pada bila-bila masa.

Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

Ia menyertai kapal destroyer HMS Defender serta kapal oiler replenishment RFA Tidespring yang telah pun sampai ke perairan Singapura beberapa hari lepas.

 

Dan hari ini menerusi aplikasi-aplikasi penjejakan kapal,kita juga dapat tahu bahawa kapal friget Tentera Laut British, HMS Kent dan kapal bantuan RFA Fort Victoria telah belayar di Selat Melaka bersama-sama kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat, USS The Sullivans serta kapal friget Tentera Laut Belanda, HMLMS Evertsen.

See also  Rakaman Pemain bola kebangsaan antara warga Afghan maut jatuh dari pesawat –

 

Kesemua kapal ini adalah sebahagian daripada rombongan CSG21.

 

Kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth juga dipercayai berada bersama.

Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kapal TLDM, KD Jebat Adakan Latihan Dengan Kapal HMS Queen Elizabeth, CSG21 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376458
Users Today : 53
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16558
Users Last 30 days : 61947
Users This Month : 3462
Users This Year : 376457
Total Users : 376458
Views Today : 61
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24950
Views Last 30 days : 95579
Views This Month : 5226
Views This Year : 579920
Total views : 579921
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares