Hanya sejam melihat dunia

‘Hanya sejam melihat dunia’

 

SHAH ALAM, 26 Julai: Seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat COVID-19 selepas sejam dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nur Firdina Anggun yang berusia 24 minggu itu dilahirkan ketika ibunya, Nur Fazwatina Md Haruji, 31, masih dalam tempoh kuarantin kerana positif COVID-19.

 

Bapa mangsa, Nur Firdaus Ab Rahim, 30, berkata, anak bongsu mereka itu menjadi antara korban termuda sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

 

Menurutnya, wabak COVID-19 tidak mengenal mangsa sama ada individu terbabit petugas barisan hadapan atau tidak sebaliknya menyerang manusia dengan kejam.

See also  16 pekerja jadi korban virus covid-19

 

“Sebagai seorang anggota kereta peronda polis (MPV) saya selalu selesaikan masalah rakyat, kita tengok kejadian seperti ini berlaku hari-hari di depan mata.

 

“Apabila kena pada diri sendiri baharu kita tahu perasaan sebenar mangsa. Tidak kira kita polis atau doktor sekali pun COVID-19 ini tidak mengenal mangsa,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

 

Lebih memilukan apabila isterinya masih menerima rawatan di HTAR, manakala lima anak mereka masih lagi dikuarantin di rumah.

See also  Sumbangan bakul makanan 'dihumban' ke tong sampah

 

Jenazah anak Nur Firdaus diuruskan dan dikebumikan oleh sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di Tanah Perkuburan Selat Klang di Sungai Sireh dekat Klang pada Ahad.

 

Sementara itu, Bilal Unit Khas Van Jenazah, Mohd Raspapi Mohd Anuar, 29, berkata, ia merupakan pengalaman paling sukar dilupakan warga kerja unit sukarelawan itu.

 

Menurut Mohd Raspapi, ini kerana bayi perempuan tersebut merupakan jenazah termuda yang pernah diuruskan pihak Unit Khas Van Jenazah setakat ini.

See also  Hanya mampu beri anak autisma minum susu manis

 

“Kami berdoa supaya keluarganya tabah, diberi ganti yang lebih baik dan bayi tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Sumber: Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hanya sejam melihat dunia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146528
Users Today : 2977
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21834
Users Last 30 days : 77926
Users This Month : 40253
Users This Year : 146527
Total Users : 146528
Views Today : 4134
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33191
Views Last 30 days : 119407
Views This Month : 61321
Views This Year : 223711
Total views : 223712
Who's Online : 30
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares