Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

Video tular menunjukkan seorang lelaki sedang mengamuk menggunakan parang dalam kejadian di Sungai Petani pada Ahad.

 

SUNGAI PETANI – Polis sedang menyiasat pergaduhan dua beradik membabitkan penggunaan parang di sebuah kedai yang tular di media sosial pada Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua lelaki berusia 29 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian untuk siasatan lanjut.

See also  18 orang menjadi bankrap setiap hari di Malaysia

 

Beliau berkata, siasatan mendapati pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham berkaitan hutang.

 

“Semakan lampau mendapati kedua-duanya tidak mempunyai rekod lampau jenayah.

 

“Saringan air kencing bagaimanapun mendapati dua beradik itu negatif daripada penyalahgunaan dadah,” katanya di sini pada Selasa.

 

Adzli berkata, kedua-dua beradik itu telah dibebaskan dengan jaminan polis disebabkan faktor kesihatan.

See also  Polis dan Orang Awam bantu kereta rosak

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” jelas beliau.

 

Sebelum ini, tular satu video berdurasi kira-kira tiga minit memaparkan tindakan seorang lelaki yang mengamuk dengan memegang parang.

 

Berikutan kejadian itu, polis menerima satu laporan polis kira-kira jam 1 petang Ahad.

See also  Tiada lagi makanan dihantar Mak Cik Saadiah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155702
Users Today : 492
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24097
Users Last 30 days : 79526
Users This Month : 49427
Users This Year : 155701
Total Users : 155702
Views Today : 804
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36316
Views Last 30 days : 122358
Views This Month : 75635
Views This Year : 238025
Total views : 238026
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares