Video ✓✓ Rider Grabfood langgar lampu merah ‘mengamuk’ tak puas hati kena hon

Rider Grabfood langgar lampu merah ‘mengamuk’ tak puas hati kena hon

Walaupun pihak penghantar makanan perlu menghantar tempahan pelanggan secepat yang mungkin, itu bukan satu ‘lampu hijau’ untuk mereka melanggar undang-undang jalan raya sesuka hati.

Terbaharu, tular satu rakaman video seorang penghantar makanan ‘mengamuk’ di tengah-tengah jalan setelah dihon oleh pengguna jalan raya yang lain akibat lelaki tersebut melanggar lampu merah secara melulu di hadapan Hotel Impiana KLCC.

“ABG GRABFOODKU SAMSENG”

 

Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.

 

Rider motor ini telah datAng di tengah celah kereta saya dan bas , dan melanggar lampu merah. Saya bunyikan hon sedikit sahaja kerana dapati rider ini telah langgar lampu merah dan juga itu adalah tempat pejalan kaki.

 

Setelah dia mendengar hon kereta saya, dia berhentikan motor dia di hadapan tengah jalan, dan uturn di tengah jalan untuk tunggu saya lalu.

 

Semasa saya lalu dia sebelah dia,dia mengajak saya Gaduh, ajak berhenti tepi kerana dia sangat tidak berpuas hati kerana saya hanya “membunyikan hon” kerana dia telah langgar lampu merah di tempat pejalan kaki. Dan kemudian, dia telah cuba sepak kereta saya, dan dia telah tarik handle pintu untuk cuba buka pintu kereta saya.

 

Kemudian, Di depan avenue K traffic light pula, lampu merah dan saya telah berhenti, kemudian dia telah berhenti depan saya dan cuba membuka pintu kereta saya untuk ajak bergaduh, HANYA KERANA SAYA MEMBUNYIKAN HON SAYA KERANA DIA TELAH MELANGGAR LAMPU MERAH.

See also  Video✓✓Budak lari rumah merajuk dilarang main basikal dan Telefon

 

Saya terus ke Balai Jalan Tun Razak, di depan Balai juga dia BLOCK kereta saya. Selepas saya turun kereta, dia ugut saya untuk delete video yang saya rakam semasa saya turun kereta untuk buat report di balai. Tetapi saya teruskan dengan report polis.

 

#Kredit joe azman

#infosemasadib

Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.

 

Rider motor ini telah datang di tengah celah kereta saya dan bas , dan melanggar lampu merah. pic.twitter.com/2NWEUA662z

 

— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021

 

Semasa saya lalu dia sebelah dia,dia mengajak saya Gaduh, ajak berhenti tepi kerana dia sangat tidak berpuas hati kerana saya hanya “menyembunyikan hon” kerana dia telah langgar lampu merah di tempat pejalan kaki.

 

— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021

 

Rakaman video terbabit telah mengundang kecaman netizen yang marah dengan tindakan penghantar makanan tersebut yang cuba menjadi samseng jalanan setelah melanggar undang-undang jalan raya.

 

Ada yang menyatakan mereka sudah banyak kali berhadapan dengan situasi bahaya seperti ini yang boleh menyebabkan kemalangan di antara penghantar makanan dan pengguna jalan raya yang lain.

See also  Kehadiran pesawat pengintip Israel amaran buat Malaysia

 

Beberapa hari lps, berhenti di traffic light (tl) & abg grabfood berhenti2 tgh2 jln, menghalang kereta sy. Tp xpelah sbb tl masih merah. Bila bertukar warna hijau, dlm 2/3 saat dia x bergerak, sy bunyikan hon, dia toleh ke arah kereta sy sambil angkat tgn & mulut kumat kamit mrh. https://t.co/bkHmdaOez9

 

— Fatimah Rohaiza (@Fatimah_Rohaiza) July 25, 2021

 

Hak alah. Gang kau ramai je bwk mcm bangang. Brp kali dh nak accident sbb rider @GrabMY . Do something la @GrabMY https://t.co/JAM9xNIShm

 

— BAIZURATUAH . (@baizuratuah) July 26, 2021

 

wehhh kenapa eh segelintir rider ni rasa jalan raya tu diaorang punya jalan? sukahati dia je nak langgar lampu apa semua. berkat ke bodo? https://t.co/p1okJHfDAr

 

— ???????? (@anisjaffar_) July 26, 2021

 

dorang punya perangai menyelit tuuu, ingat hebat agak nya…. dah taw sempit, nk try jugak. https://t.co/UOGh3jhVGx

 

— ???????????????????????????????? ???? (@eleezeda_) July 26, 2021

 

Selalu je jumpa, bawak moto cam bangang. Kang kene langgar orang kesian plak, tapi sesetengah rider mmg xpayah kesian, bawak cam musibat. Tak semua rider eh, sesetengah okay je tapi ada. Sabar je la. Kita plak yg terkejut brake. Siel btul. https://t.co/MWgSMJve4v

See also  Masalah Feri Pulau Pinang di Limbungan Bagan Dalam

 

— yang (@nuurul4ien) July 26, 2021

 

Saya terus ke Balai Jalan Tun Razak, di depan Balai juga dia BLOCK kereta saya. Selepas saya turun kereta, dia ugut saya untuk delete video yang saya rakam semasa saya turun kereta untuk buat report di balai. Tetapi saya teruskan dengan report polis.

 

Perkongsian drpd group Wasap

 

— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021

 

Difahamkan si perakam video tidak mengendahkan ‘provokasi’ yang dibuat oleh penghantar makanan tersebut dan meneruskan perjalanan ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.

 

Setiba balai polis berkenaan, si perakam telah diugut oleh lelaki itu untuk membuang rakaman video tersebut tetapi ugutan tersebut tidak diperdulikannya dan terus membuat laporan polis.

 

Ini bukanlah pertama kali kes seperti ini berlaku. Semoga para penghantar makanan lebih berhati-hati dan mengikut undang-undang jalan raya walaupun mereka perlu cepat tiba ke destinasi yang dituju.

 

Sumber: Vocket

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video ✓✓ Rider Grabfood langgar lampu merah ‘mengamuk’ tak puas hati kena hon " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385640
Users Today : 1718
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17403
Users Last 30 days : 60956
Users This Month : 12644
Users This Year : 385639
Total Users : 385640
Views Today : 2633
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25799
Views Last 30 days : 92932
Views This Month : 18718
Views This Year : 593412
Total views : 593413
Who's Online : 1
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares