Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah positif COVID-19

Warga emas jalani kuarantin mati  dalam rumah positif COVID-19

NOR AZURA MD AMIN

27 JUL 2021

 

Anggota bomba berpakaian pelindung diri (PPE) membuka pintu rumah yang berkunci sebelum menemui mangsa dirumahnya di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir Tangkak pada Selasa.

 

TANGKAK – Seorang warga emas yang menjalani kuarantin kendiri ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir di sini pada Selasa.

 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Fazli Mat Jinin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.48 pagi.

See also  Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran

 

Katanya, seramai 13 anggota bomba dari BBP Muar bersama satu jentera FRT, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

“Sebaik tiba di lokasi, bomba menemui seorang lelaki berusia 50 tahun tidak sedarkan diri di dalam rumah yang berkunci.

 

“Kejadian itu disedari oleh anak saudara mangsa yang menghantar makanan di rumah mangsa. Mangsa dipercayai tinggal seorang diri di rumah itu.

See also  KKM nafi Hospital Serdang utamakan influencer untuk pemberian vaksin Covid-19

 

“Bagaimanapun, anak saudara mangsa mendapati bekalan makanan yang dihantar sebelum ini tidak diambil. Dia cuba melihat melalui tingkap rumah dan nampak mangsa terbaring tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

 

Menurut Fazli, anggota bomba yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membuka pintu rumah terbabit menggunakan kunci yang dibawa anak saudara mangsa.

 

“Mangsa disahkan meninggal dunia serta positif Covid-19 oleh pegawai perubatan Hospital Muar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

See also  Wanita kena kuarantin keluar rumah

 

#updateinfo✍

https://www.sinarharian.com.my/article/152248/BERITA/Semasa/Warga-emas-jalani-kuarantin-mati-dalam-rumah

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah positif COVID-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371931
Users Today : 546
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15243
Users Last 30 days : 64366
Users This Month : 60949
Users This Year : 371930
Total Users : 371931
Views Today : 821
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22847
Views Last 30 days : 99173
Views This Month : 93959
Views This Year : 573025
Total views : 573026
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares