Dimana Nor Afiqah, sila hubungi keluarga segera

Nor Afiqah hilang dengan berbaju tidur

KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha makanan, Nor Afiqah Mohd Khiruddin, 25, dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Bandar Tun Razak sejak Sabtu lalu.

 

Abangnya, Mohd Hafizuddin Mohd Khairuddin, 28, berkata, kehilangan Nor Afiqah menimbulkan tanda tanya kerana keluar sehelai sepinggang tanpa membawa kad pengenalan, dompet serta telefon bimbit malah kereta Perodua Kancil milik adiknya itu juga masih berada di rumah.

 

Menurutnya, kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu disedari sekitar jam 10 pagi selepas didapati Nor Afiqah tiada di biliknya.

See also  Pengsan dalam bas bukan sebab COVID-19

 

“Dia bukan anak bermasalah cuma malam sebelum kejadian dia banyak termenung namun apabila ditanya dia memaklumkan tidak bersedia berkongsi mengenainya.

 

“Besar kemungkinan dia hilang ketika Subuh dengan berpakaian tidur dan tidak bertudung. Kali terakhir kami berjumpanya sekitar jam 10 malam. Kami sudah cuba menjejakinya melalui rakan-rakan namun tiada yang mempunyai maklumat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

See also  Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

 

Katanya, Nor Afiqah merupakan seorang adik yang baik dan banyak menghabiskan masa di rumah menyiapkan tempahan pelanggan.

 

“Jika dia keluar pun akan ditemani oleh adik-adik lain. Kebanyakan rakannya juga berada di Perak kerana kami berasal dari sana dan mula menetap di Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu.

 

“Ibu bapa juga di Perak namun datang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja mengetahui adik hilang. Saya harap Nor Afiqah ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

See also  Pakcik 56tahun mencari kakak dan adik

 

Katanya, laporan polis telah dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 017-569 4982.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Dimana Nor Afiqah, sila hubungi keluarga segera " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378321
Users Today : 1916
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16460
Users Last 30 days : 61711
Users This Month : 5325
Users This Year : 378320
Total Users : 378321
Views Today : 2630
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24507
Views Last 30 days : 94759
Views This Month : 7795
Views This Year : 582489
Total views : 582490
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares