Lelaki murung ditemui lemas dalam tali air

Lelaki murung ditemui lemas dalam tali air

TUMPAT – Hajat seorang lelaki yang mengalami kemurungan untuk berubat di rumah bapa saudaranya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di dalam tali air di Kampung Simpangan di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mangsa, Mohd. Sakri Ashari, 26, yang berasal dari Kampung Paya Ular Bunut Susu, Pasir Mas pergi ke rumah bapanya saudaranya seorang diri.

See also  Menjaga alam sekitar bukan sekadar mengekalkan kehijauan hutan semata

Menurut sumber, mangsa dikatakan mahu berubat masalah kemurungannya dengan pengamal perubatan tradisional di kampung berhampiran rumah bapa saudaranya.

Katanya, bagaimanapun, mangsa tidak muncul sehingga menyebabkan bapa saudaranya pergi mencari lelaki itu di kawasan berhampiran rumahnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Mangsa didapati tiada di rumah, namun bapa saudaranya menemui seliparnya di kawasan tali air berhampiran rumahnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

See also  Lelaki positif Covid-19 bunuh diri selepas sebulan kematian isteri

“Pihak bomba telah menjalankan operasi menyelamat dan mangsa ditemui kira-kira pukul 3.10 petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Oleh ROSALWANI CHE SOH

See also  VIDEO@Ibu beri bantuan pernafasan selamatkan anak lemas kolam di rumah

27 Julai 2021, 8:27 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki murung ditemui lemas dalam tali air " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156769
Users Today : 610
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23424
Users Last 30 days : 78855
Users This Month : 50494
Users This Year : 156768
Total Users : 156769
Views Today : 1136
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35549
Views Last 30 days : 121486
Views This Month : 77687
Views This Year : 240077
Total views : 240078
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares