Jangan terpengaruh iklan ‘pautan’ tawar kerja dalam talian

Jangan terpengaruh iklan ‘pautan’ tawar kerja dalam talian

 

28 Julai 2021

 

KUALA TERENGGANU – Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan iklan berbentuk ‘pautan’ kononnya menawarkan peluang pekerjaan iaitu berniaga dalam talian.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, ini merupakan salah satu modus operandi sindiket penjenayah yang dikesan mengaku sebagai Bahagian Pemasaran dari salah sebuah syarikat jualan dalam talian terkenal untuk memerangkap mangsa.

See also  Terbukti Majikan Di Malaysia Adalah Manusia Paling Kedekut Di Asia Tenggara

 

“Sekiranya melayan’ pautan’ disertakan, mereka akan menerima arahan-arahan tertentu oleh sindiket seolah-olah mangsa diterima dalam pekerjaan yang ditawarkan dan terus boleh bekerja dari rumah berpandukan arahan diberi.

 

“Melalui kes-kes dilaporkan sebelum ini, kebanyakan mangsa diminta untuk membeli stok produk bermula dengan jumlah kecil dan akan dibayar komisen.

See also  Jatuh tali air cuba lari daripada penguat kuasa

 

“Selepas beberapa kali transaksi pembayaran komisen berjaya, mangsa akan bertambah yakin dengan syarikat tersebut dan mula berani mengeluarkan modal lebih besar dan ketika itulah keseluruhan modal yang dibayar atau dilaburkan akan terus lesap,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

M Zambri berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan.

See also  Nilai Impian tenang, tiada perlanggaran SOP

 

#SinarHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan terpengaruh iklan 'pautan' tawar kerja dalam talian " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378008
Users Today : 1603
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16147
Users Last 30 days : 61398
Users This Month : 5012
Users This Year : 378007
Total Users : 378008
Views Today : 2157
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24034
Views Last 30 days : 94286
Views This Month : 7322
Views This Year : 582016
Total views : 582017
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares