Video✓✓ Usahawan Malukan & Biadap Terhadap Warga Emas Buat Netizen Berang

Video Usahawan Malukan & Biadap Terhadap Warga Emas Buat Netizen Berang

Hari ini media sosial hangat memperkatakan mengenai seorang lelaki yang difahamkan seorang usahawan, selepas tular satu video memperlihatkan dia ‘menasihati’ seorang warga emas dengan nada biadap.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi video tersebut, dia dilihat menggunakan kata-kata yang sedikit kurang sesuai kerana memperkecilkan warag emas tersebut dan golongan yang hidup sukar dengan mengaitkan masa lampau mereka.

 

“Umur berapa? Saya tanya masa muda dulu menyesal tak (bila) tak buat betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak banyak main, banyak tak buat betul-betul malas. Menyesal tak?

 

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, “God show me the way how I want to change my life”. Pernah tak? Today God send me to help you.i” kata usahawan berkenaan.

See also  Warga Emas hidup dalam kereta bawah jejantas Pasar Seni

 

Menerusi penerangan didalam video tersebut, video itu asalnya dimuat naik sendiri usahawan berkenaan di Insta Stories miliknya sebelum dipadam. Namun, ia sempat dimuat turut oleh pengikutnya.

Penularan video tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan dia sebagai biadap dan langsung tiada rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

 

Astaghfirullahhalazim bangggg. Ini bukan silap mak bapak mengajar anak. Ini kau sendiri cakap tak guna akal.— ëm ???????? | ???? (@eyanmalek) July 28, 2021

 

Yes betul. Biadap riak semua ada la. Kesian pakcik tu. And somehow dia dkt Pusat Gelandangan.. kenapa ayat dia cmtu.. ????????— FQH (@afiqahshukri_) July 28, 2021

 

See also  PM desak Tangga gaji zalim diperbetulkan segera

Lansung takde adab. Dia ingat rezeki tu datang dalam bentuk harta wang ringgit je kot— ف (@frhhzfl) July 28, 2021

 

kenapa eh businessman kalau jadi motivator dia suka downgrade life orang lain macam dia terpaling struggle nak cari duit?? rezeki masing-masing tak sama. kesian pakcik tu :((— ???????????????? عقيلة (@_aqilaazman) July 28, 2021

 

Menerusi maklumbalas di Twitter, video berkenaan dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, namun tiada maklumat lanjut mengenai tarikh ianya dirakam.

 

Lebih menimbulkan persoalan ialah tindakan individu berkenaan tidak mengenakan pelitup muka ketika memberikan ucapan sedangkan mereka di tempat awam.

 

Yes betul. Biadap riak semua ada la. Kesian pakcik tu. And somehow dia dkt Pusat Gelandangan.. kenapa ayat dia cmtu.. ????????— FQH (@afiqahshukri_) July 28, 2021

See also  Penghantar Makanan Adik Lin dihadiahkan sebuah motosikal

 

Dipohon pihak @PDRMsia menyiasat akan video ini. Event yang dikendalikan oleh seseorang yang tidak memakai MASK & mengaibkan orang tua di khalayak ramai. Video ini disertakan. Terima kasih.— نور نادييه 007 ???????? (@adriendarien) July 28, 2021

 

Malah pengacara, Iesya Toh turut berkongsi video berkenaan dan meminta PDRM untuk menyiasat individu berkenaan ,

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓ Usahawan Malukan & Biadap Terhadap Warga Emas Buat Netizen Berang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363513
Users Today : 132
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10408
Users Last 30 days : 65863
Users This Month : 52531
Users This Year : 363512
Total Users : 363513
Views Today : 165
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16091
Views Last 30 days : 101631
Views This Month : 81430
Views This Year : 560496
Total views : 560497
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares