Carl Samsudin mohon maaf

Carl Samsudin mohon maaf

 

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

29 Julai 2021, 10:58 am

 

PETALING JAYA – Usahawan dan pensohor media sosial, Carl Samsudin yang didakwa memalukan seorang gelandangan warga emas Selasa lalu menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut Carl, dia tidak berniat menghina sesiapa dan hanya mahu membantu golongan tersebut mengubah kehidupan selain tidak terfikir ada elemen kurang baik daripada rakaman video tersebut.

 

“Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan pak cik tersebut saya betul-betul mohon maaf.

See also  Inilah perangai sebenar warga pengunjung pantai dan taman rekreasi, seolah-olah tidak pernah bersekolah

 

“Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap saya menyantuni pak cik berkenaan serta semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut,” tulisnya dalam hantaran terbaharu tersebut sebentar tadi.

 

Katanya, dia turut berhasrat bertemu warga emas itu sekali lagi dalam masa terdekat untuk meminta maaf sekali gus memperbetulkan kesilapan dirinya.

 

Carl turut memohon maaf kerana tidak memakai pelitup muka ketika bercakap pada hari kejadian dan mengakui dia sudah dipanggil pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikenakan kompaun.

See also  Seawal 5 Pagi Sudah Kedengaran Dentuman Sampah Dicampak Penghuni dari Tingkat Atas

 

Menurutnya, pada hari kejadian dia dijemput pihak pengurusan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu sekelompok gelandangan yang berada dalam fasa bangkit untuk memulakan perniagaan.

 

“Saya mohon maaf tidak terlintas di minda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka yang pernah susah dan memerlukan orang ramai dahulu.

 

“Bagaimanapun, saya sedar saya tidak patut bercakap dengan nada begitu dengan mereka yang lebih berusia daripada saya. Saya minta maaf ini pengajaran besar kepada saya,” ujarnya.

See also  Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu” -

 

Terdahulu, video berdurasi 50 saat itu memaparkan Carl mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan menjatuhkan air muka warga emas berkenaan. – K! ONLINE

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Carl Samsudin mohon maaf " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149729
Users Today : 1336
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22231
Users Last 30 days : 79451
Users This Month : 43454
Users This Year : 149728
Total Users : 149729
Views Today : 1856
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33521
Views Last 30 days : 121681
Views This Month : 66272
Views This Year : 228662
Total views : 228663
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares