Curi elektrik guna teknik ‘pancing’

Curi elektrik guna teknik ‘pancing’

 

Kota Kinabalu: Seramai 61 individu termasuk tiga lelaki disyaki dalang kes curi bekalan elektrik ditahan dalam Op Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong, di sini, awal pagi tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Operasi yang bermula jam 5 hingga 11 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Zaidi Abdullah berkata, polis menahan 39 lelaki dan 22 wanita berusia antara 16 hingga 60 tahun.

See also  Video curi motosikal-Kemungkinan besar kes kawan makan kawan.

Katanya, turut dirampas kabel elektrik pelbagai jenis dianggarkan seberat 30 kilogram yang digunakan untuk menyambung serta mencuri arus elektrik.

 

“Tiga lelaki yang disyaki menjadi dalang kepada penyambungan haram itu turut diberkas dalam operasi berkenaan.

 

“Ketiga-tiga suspek ini dipercayai mengenakan sejumlah bayaran kepada mereka yang ingin membuat penyambungan baru serta penyambungan semula ketika bekalan elektrik dipotong oleh SESB,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

See also  'Otai' polis lawan penjenayah Botak Chin dan Bentong Kali masih gagah

 

Mohd Zaidi berkata, modus operandi mereka adalah menggunakan teknik ‘pancing’ iaitu dengan cara menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.

 

“Pemerhatian di penempatan itu mendapati banyak wayar atau kabel dipasang secara bahaya dipelbagai sudut dan apa yang lebih menggusarkan terdapat wayar dan kabel elektrik yang berada di takungan air.

 

“Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

See also  Lelaki larikan kereta semasa pandu uji

 

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 10:11pm

Oleh Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Curi elektrik guna teknik 'pancing' " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372079
Users Today : 694
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15391
Users Last 30 days : 64514
Users This Month : 61097
Users This Year : 372078
Total Users : 372079
Views Today : 1029
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23055
Views Last 30 days : 99381
Views This Month : 94168
Views This Year : 573234
Total views : 573235
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares