Empat tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19

Empat tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19

Penampang: Empat tahanan yang positif Covid-19 melarikan diri dari pusat kuarantin pesakit Covid-19, di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilman), diburu polis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tahanan iaitu Salman Arip, 19; Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20; Mohd Rahman Basir, 24 dan Arippian Abdul, 27, dikesan melarikan diri dari pusat berkenaan, jam 3.30 pagi tadi.

 

See also 

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua tahanan terbabit dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat Covid-19 di bangunan Ilman.

 

Katanya, semua mereka dipindahkan secara berperingkat sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19.

 

“Empat tahanan yang melarikan diri membabitkan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 27 tahun.

See also  Gugurnya ASP Mohd Zabri demi mengisi kemerdekaan Malaysia

 

“Semua suspek yang ditahan disiasat atas kesalahan mencuri, mencederakan dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

 

Mohd Haris berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung semua suspek diminta segera menghubungi pihak polis.

 

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

See also  {Video} PDRM berjaya tangkap Warga Nigeria lari SJR
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Empat tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378015
Users Today : 1610
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16154
Users Last 30 days : 61405
Users This Month : 5019
Users This Year : 378014
Total Users : 378015
Views Today : 2164
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24041
Views Last 30 days : 94293
Views This Month : 7329
Views This Year : 582023
Total views : 582024
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares