Diperdaya’ BF hingga terlanjur & hamil

‘Diperdaya’ BF hingga terlanjur & hamil, ramai terkejut baca pendedahan gadis ini di Tiktok

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tak dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga nasib yang menimpa seorang remaja perempuan ini apabila dipercayai telah terlanjur bersama teman lelakinya hingga menyebabkan dirinya berbadan dua. Lebih mengejutkan apabila mengetahui remaja ini hamil ketika dia masih berstatus seorang pelajar sekolah.

 

Kisah itu didedahkan oleh seorang pelajar tingkatan enam menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikToknya. Dakwa gadis ini, dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas hampir tiga bulan tidak period (datang bulan).

Bimbang sesuatu perkara berlaku, dia nekad untuk melakukan ujian kehamilan dan keputusannya menunjukkan double line iaitu positif hamil.

See also  Penyewa gagal bayar sewa kurung pemilik rumah

 

Gadis ini kemudian dipercayai menghubungi bekas teman lelakinya untuk memaklumkan tentang kehamilannya namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Lelaki ini dipercayai tidak mahu bertanggungjawab dengan alasan mereka berdua masih bersekolah dan dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

 

Awak buang deh anak tu. Kalau awak nak buang, saya boleh tolong awak. Saya tak ready lagi nak jadi ayah. Perjalanan kita jauh lagi.

 

Gadis ini juga mengakui dia sudah cuba banyak cara untuk menggugurkan kandungannya itu namun tidak berhasil. Dakwanya lagi, dia sering tidak hadir ke sekolah kerana keadaannya tidak mengizinkan. Malah dia juga pernah dimasukkan ke wad selama seminggu.

See also  Meninggal dunia dalam kereta tunggu isteri temu duga

 

Pergi sekolah, tiba-tiba dapat tahu papa awak dah berhenti sekolah sebab dah dapat kerja. Mungkin sebab dia nak lari dari masalah kot. Aku tetap meneruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar yang berbadan dua tanpa suami.

 

Tanggal 9 Julai, gadis ini selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dia mengakui wajah bayi itu saling tak tumpah seperti wajah bapanya.

Sementara itu, di ruangan komen, gadis ini mendakwa terlanjur bersama teman lelakinya ketika mereka berdua keluar untuk ke kedai makan. Namun sebaliknya yang terjadi apabila teman lelakinya itu dipercayai membawanya ke tempat lain dan bukannya pergi ke kedai makan seperti yang dirancang. Bercerita dengan lebih lanjut, gadis memaklumkan pada awalnya keluarganya agak sukar untuk menerima berita tersebut namun lama-kelamaan mereka cuba menerima keadaan itu.

See also  Bomba berhempas pulas sejam tangkap lelaki kurang siuman mengamuk. Bomba Hero !

 

 

Sumber: TikTok, oh bulan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Diperdaya’ BF hingga terlanjur & hamil " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148450
Users Today : 57
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23756
Users Last 30 days : 79848
Users This Month : 42175
Users This Year : 148449
Total Users : 148450
Views Today : 70
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36356
Views Last 30 days : 122572
Views This Month : 64486
Views This Year : 226876
Total views : 226877
Who's Online : 23
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares