Video ✓✓ Cubaan kedua rentas daerah dengan rakit gabus

Cubaan kedua rentas daerah dengan rakit gabus

 

GEORGE TOWN – Seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di negeri ini ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

 

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

See also  Masalah rumah tangga punca askar mengamuk tembak diri sendiri

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.

 

Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

See also  Rakaman CCTV kes samun di Kampung Rinching Hilir ,Bangi.

 

Kosmo! Online, Julai lalu melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun mengambil keputusan nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk ke Seberang Perai bagi bertemu rakannya.

 

Bahagian tanah besar dan pulau di negeri ini yang merangkumi daerah berbeza dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan perkhidmatan feri penumpang, manakala rentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. – K! ONLINE

 

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

See also  Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah di kepala

3 Ogos 2021, 10:06

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video ✓✓ Cubaan kedua rentas daerah dengan rakit gabus " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371982
Users Today : 597
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15294
Users Last 30 days : 64417
Users This Month : 61000
Users This Year : 371981
Total Users : 371982
Views Today : 903
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22929
Views Last 30 days : 99255
Views This Month : 94041
Views This Year : 573107
Total views : 573108
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares