Tak dapat duit beli dadah, lelaki mengamuk dengan parang

Tak dapat duit beli dadah, lelaki mengamuk dengan parang

 

Beaufort: Seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang selepas gagal mendapatkan wang daripada neneknya dipercayai untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Malah, dalam kejadian jam 8 pagi itu, lelaki itu turut menjerit ingin membunuh orang sehingga menakutkan neneknya yang berusia 71 tahun.

 

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek berusia 43 tahun itu tinggal bersama neneknya.

See also  POLIS PERLIS MULA TEBANG POKOK KETUM

 

Katanya, suspek mengamuk selepas berang kerana tidak diberikan wang oleh neneknya dipercayai untuk membelu syabu.

 

“Siasatan juga mendapati sebelum ini suspek pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang lalu merosakkan rumahnya menggunakan parang.

 

“Suspek juga dikatakan mahu membunuh orang. Susulan itu, neneknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Penyu, jam 12.26 tengah hari, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Yusoff Zaki berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort ke lokasi kejadian.

See also  Video✓✓ Kompaun RM62,000 berhimpun memperingati korban Covid-19.

 

“Suspek diberkas anggota polis Balai Kuala Penyu sebelum diserahkan kepada anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.

 

“Saringan ujian air kencing suspek mendapati dia positif methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” katanya.

 

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

See also  Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

 

Disiarkan pada: August 3, 2021 @ 4:09pm

Oleh Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

Gambar: Polis Daerah Beaufort

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tak dapat duit beli dadah, lelaki mengamuk dengan parang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376426
Users Today : 21
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16526
Users Last 30 days : 61915
Users This Month : 3430
Users This Year : 376425
Total Users : 376426
Views Today : 23
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24912
Views Last 30 days : 95541
Views This Month : 5188
Views This Year : 579882
Total views : 579883
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares