Video✓✓ Tik Tok tanggal gelang ‘pink’: Remaja dikompaun RM5,000

Tik Tok tanggal gelang ‘pink’: Remaja dikompaun RM5,000

 

Abd Razak Mohd Ali

Ogos 3, 2021 11:37 MYT

 

TAIPING: Tindakan seorang remaja perempuan menanggalkan gelang kuarantin berwarna merah jambu untuk keluar berjalan-jalan membawa padah apabila dia dikompaun RM5,000.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan selepas video aplikasi Tik Tok remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial pada Isnin.

 

See also  [VIDEO]Peniaga naik bengang apabila gerainya dirakam gambar oleh seorang lelaki

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting dekat sini dan polis berjaya mengesan remaja berkenaan yang didapati menanggalkan gelang merah tanpa kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

“Remaja terbabit telah menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.

 

“Ketika kejadian dia dikatakan hanya singgah ke rumah rakannya di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Osman berkata, kompaun dikenakan kerana remaja berkenaan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

See also  Polis kesan lelaki cabul wanita di kedai vape

 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak COVID-19.

 

“Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” ujarnya.

See also  Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000

#COVID-19#gelang pink#Gelang merah jambu#Tik Tok#video Tik Tok#Remaja perempuan#kamunting#Taiping#dikompaun RM5000

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓ Tik Tok tanggal gelang 'pink': Remaja dikompaun RM5,000 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156725
Users Today : 566
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23380
Users Last 30 days : 78811
Users This Month : 50450
Users This Year : 156724
Total Users : 156725
Views Today : 1016
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35429
Views Last 30 days : 121366
Views This Month : 77567
Views This Year : 239957
Total views : 239958
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares