DashCam✓✓Dakwaan pemandu mabuk rempuh empat kenderaan disiasat

Dakwaan pemandu mabuk rempuh empat kenderaan disiasat

 

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kenyataan tular di media sosial mendakwa lelaki memandu kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga merempuh empat kenderaan lain yang diparkir di tepi jalan di Jalan Sri Permaisuri, Cheras, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan lelaki berusia 69 tahun berlaku pada 8 malam.

See also  Polis tembak Anak Dan tembak diri sendiri

 

Menurutnya, warga emas itu yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV dikatakan dalam perjalanan dari Cheras menghala Petaling Jaya.

 

“Pemandu dan semua pemilik kenderaan dirempuh terbabit sudah membuat laporan polis. Tiada kecederaan dialami oleh mana-mana pihak dalam kejadian itu.

 

“Setakat ini, siasatan masih diteruskan bagi mengesahkan sama ada wujudnya unsur mabuk hingga mengakibatkan kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Polis buru pemandu kereta rempuh khemah SJR

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

 

Semalam, seorang pengguna Facebook dikenali Sepang Viral mendakwa seorang lelaki yang memandu kereta di bawah pengaruh alkohol merempuh lima kenderaan di parkir tepi jalan dekat Cheras.

 

Disiarkan pada: August 4, 2021 @ 6:24pm

See also  Langgar lampu merah, kereta rempuh motosikal

Oleh Faris Fuad

faris.fuad@bh.com.my

Gambar media sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " DashCam✓✓Dakwaan pemandu mabuk rempuh empat kenderaan disiasat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378297
Users Today : 1892
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16436
Users Last 30 days : 61687
Users This Month : 5301
Users This Year : 378296
Total Users : 378297
Views Today : 2595
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24472
Views Last 30 days : 94724
Views This Month : 7760
Views This Year : 582454
Total views : 582455
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares