Disaman RM1 juta, 20 peguam bersedia tawar khidmat kepada pelajar perempuan

Disaman RM1 juta, 20 peguam bersedia tawar khidmat kepada pelajar perempuan

 

Lebih 20 orang menawarkan bantuan guaman kepada pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta yang difailkan oleh seorang guru yang didakwa bergurau mengenai rogol.

 

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, pihaknya menerima tawaran bantuan guaman secara pro bono dan telah melantik seorang peguam untuk menyelesaikan kes tersebut.

 

“Saya dapat banyak tawaran bantuan guaman secara percuma (pro bono) dan telah berbincang dengan beberapa orang sebelum lantik seorang untuk bantu uruskan kes ini.

See also  Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!

 

“Saya terima banyak bantuan dan tawaran sama ada melalui Twitter, Facebook atau WhatsApp untuk membantu kes Ain ini. Saya berbesar hati atas sokongan dan bantuan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

 

Pada Rabu, Ain Husniza Saiful yang mendakwa gurauan seorang guru mengenai rogol memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta yang difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fitnah gurauan berkenaan.

 

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

See also  4 Jenis Hormon mental dalam badan manusia yang perlu diambil peduli

 

Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menolak membuat pendanaan awam (crowdfunding) untuk membayar tuntutan tersebut disebabkan tidak perlu dilakukan ketika ini.

 

“Kami belum membuat apa-apa tindakan lagi sebab benda ini masih lagi bukan tuntutan mahkamah, jadi saya merasakan ia belum perlu lagi.

 

“Walau bagaimanapun, saya akan membincangkan dengan beberapa pihak untuk faham dan buat keputusan yang lebih baik insya-ALLAH,” ujarnya.

See also  Guru agama cedera dalam cubaan ragut

 

Jelas Saiful Nizam, pihaknya berkemungkinan akan meneruskan urusan menangani kes tersebut pada Khamis.

 

Sumber – SinarHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Disaman RM1 juta, 20 peguam bersedia tawar khidmat kepada pelajar perempuan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363047
Users Today : 1186
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9942
Users Last 30 days : 65397
Users This Month : 52065
Users This Year : 363046
Total Users : 363047
Views Today : 1888
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15465
Views Last 30 days : 101005
Views This Month : 80804
Views This Year : 559870
Total views : 559871
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares