Jenaka Rogol : Keluarga pelajar akan fail saman balas RM5 juta terhadap guru

Keluarga pelajar akan fail saman balas RM5 juta terhadap guru didakwa buat jenaka rogol

K. Parkaran -August 6, 2021 6:09 PM

 

Dalam jawapan terhadap saman RM1 juta difailkan guru terbabit, mereka akan bergantung kepada pembelaan komen adil, perlindungan bersyarat dan semua pembelaan lain dalam Akta Fitnah 1957.

 

PETALING JAYA: Ibu bapa seorang pelajar yang disaman gurunya selepas beliau mendedahkan gurauan rogol dibuat lelaki itu, memutuskan akan memfailkan saman balas RM5 juta kerana “sengaja menimbulkan tekanan emosi dengan menghina maruahnya”.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam jawapan terhadap surat tuntutan RM1 juta guru terbabit kepada keluarga itu, mereka menolak semua dakwaan dan berkata mereka akan bergantung kepada pembelaan komen adil, perlindungan bersyarat dan semua pembelaan lain dalam Akta Fitnah 1957.

See also  Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

 

Bapa Ain Husniza Saiful NIzam ketika dihubungi mengesahkan tuntutan balas itu dan berkata, anak perempuannya sedang mengalami trauma disebabkan isu berkenaan.

 

Saiful Nizam Ab Wahab berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya, SN Nair memfailkan saman sivil atas tindakan sengaja menimbulkan tekanan emosi dan akan menuntut pampasan RM5 juta.

 

“Kami sudah membalas saman RM1 jutanya yang akan mencabarnya. Sepucuk surat tuntutan rasmi untuk pampasan RM5 juta akan menyusul,” katanya kepada FMT.

See also  Capaian internet di Pulau Aman masih ketinggalan

 

Isnin lalu, peguam yang mewakili guru terbabit menghantar notis tuntutan yang dialamatkan kepada Ain, Saiful dan ibunya, Norshaniza Sharifudin.

 

Pelajar Tingkatan 5 itu menjadi tumpuan di media sosial Mei lalu selepas memuat naik video di TikTok memetik guru sekolahnya di Selangor berkata: “Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

 

Beliau turut mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki sekolahnya.

 

Selasa lalu, Ain memaklumkan dirinya menerima surat tuntutan RM1 juta daripada guru itu atas “pernyataan fitnah”.

See also  “Saya tahu miskin, tapi jangan sampai menghina”

 

“Dalam surat ini Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini, antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. Semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” katanya kelmarin.

#Update

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jenaka Rogol : Keluarga pelajar akan fail saman balas RM5 juta terhadap guru " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367114
Users Today : 2026
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11746
Users Last 30 days : 64093
Users This Month : 56132
Users This Year : 367113
Total Users : 367114
Views Today : 3039
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17935
Views Last 30 days : 99076
Views This Month : 86877
Views This Year : 565943
Total views : 565944
Who's Online : 13
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares