Di Mexico bukan di Rembau

Di Mexico bukan di Rembau

 

TANGKAP layar video pergaduhan dua lelaki di Mexico namun didakwa berlaku di Rembau.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

6 Ogos 2021, 9:47 pm

REMBAU: Polis menafikan video tular membabitkan pergaduhan, yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, dekat sini.

 

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, lokasi pergaduhan dalam video tular berkenaan dikesan berlaku di Mexico.

See also  Nelayan jumpa mutiara RM1.39 juta ditahan polis

 

Tegas beliau, dakwaan mengatakan kes pergaduhan berkenaan berlaku di daerah ini merupakan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

 

“Jangan sebarkan berita yang belum tahu kesahihan berlaku di kawasan Rembau dan akan menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Terdahulu, video berdurasi 13 saat itu menjadi tular di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

See also  Pasangan Kekasih langgar polis seorang mengaku salah tetapi pasangan minta dibicarakan

 

Ia membabitkan rakaman pergaduhan dua lelaki yang diakhiri dengan salah seorang daripada lelaki berkenaan dipukul dengan senjata dipercayai kapak.

 

Turut disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang mendakwa kejadian berkenaan berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, petang tadi dan kejadian berpunca kerana berebutkan durian.

See also  Budak mengamuk ditahan polis tunggang motosikal tanpa topi keledar
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Di Mexico bukan di Rembau " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149915
Users Today : 1522
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22417
Users Last 30 days : 79637
Users This Month : 43640
Users This Year : 149914
Total Users : 149915
Views Today : 2101
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33766
Views Last 30 days : 121926
Views This Month : 66517
Views This Year : 228907
Total views : 228908
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares