Video✓✓Padah tayang pistol tiruan

Padah tayang pistol tiruan

 

IPOH – Tindakan tiga lelaki sengaja mempamerkan pistol tiruan membawa padah apabila kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kampung Paloh di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tangkapan ke atas suspek berusia lingkungan 20-an itu dibuat susulan video tular berdurasi 13 saat aksi salah seorang daripada mereka memegang senjata menyerupai pistol di hadapan sebuah rumah.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tangkapan pertama membabitkan dua lelaki pada pukul 2.30 petang selepas sejam video berkenaan tukar menerusi WhatsApp.

See also  Dua wanita, enam lelaki dipanggil kes minum arak di Pusat Kuarantin

 

Menurut beliau, semasa ditahan kedua-dua suspek sedang berkeliaran menaiki motosikal sebelum pemeriksaan menemui sepucuk senjata tiruan menyerupai pistol semiautomatik.

 

“Susulan itu, kita menahan seorang lagi suspek yang juga rakan mereka pada pukul 7 malam bagi membantu siasatan.

 

“Perbuatan mereka bertiga membuat rakaman video itu telah mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

Hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku membeli pistol tiruan tersebut serta berkumpul di hadapan sebuah rumah pada Khamis lalu sambil meminum minuman keras.

See also  Video✓✓ Lelaki Conteng Dinding Istana dan Tumbuk Polis Wanita

 

Tambah Mior Faridalathrash, ketika berkumpul salah seorang daripada tiga lelaki tersebut telah mempamerkan pistol tiruan yang dimiliki dan dirakam oleh rakan yang lain sebelum ditularkan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960 kerana memiliki senjata tiruan tanpa lesen yang sah dan boleh dihukum, dengan atau kedua-duanya sekali jika bersalah.

 

“Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang aksi dan perbuatan yang boleh mengganggu keselamatan awam dan mendatangkan kegusaran masyarakat,” ujar beliau. – K! ONLINE

See also  Motosikal Warga Emas kehabisan petrol dibantu anggota Ronda PDRM

 

Oleh ZAKI SALLEH

7 Ogos 2021, 10:25 am

Video/gambar: polis/media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Padah tayang pistol tiruan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363655
Users Today : 274
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10550
Users Last 30 days : 66005
Users This Month : 52673
Users This Year : 363654
Total Users : 363655
Views Today : 358
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16284
Views Last 30 days : 101824
Views This Month : 81623
Views This Year : 560689
Total views : 560690
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares