Wanita dakwa ibu tersalah terima vaksin Sinovac
Oleh NORLIA RAMLI
7 Ogos 2021, 4:18 pm
SIK – Seorang wanita mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin jenis Sinovac untuk dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Al Hana di sini pada Khamis lalu.

Menurut wanita terbabit, Nur Jannah Ramli, 30, ibunya, Melur Ahmad, 58, dari Kampung Selamat B di sini telah disuntik vaksin jenis Sinovac bagi dos kedua sedangkan dos pertama daripada jenis Pfizer.
“Di tempat yang sama semasa menerima dos pertama pada 15 Julai lalu, ibu disuntik vaksin jenis Pfizer tetapi kali kedua vaksin jenis Sinovac pula.
Dakwanya, ibunya memaklumkan jururawat tidak melihat kad vaksinasi yang diterimanya semasa menerima suntikan pertama.
“Bapa saya, Ramli Taib, 57, yang menemani ibu ketika itu memberitahu saya mengenai penerangan pegawai tersebut tentang campuran vaksin yang digunakan oleh negara luar dan jika ada kesan segara hubungi pihak hospital untuk tindakan segera.
“Setakat hari ini, ibu beritahu dia sihat dan tiada sebarang kesan yang memudaratkan dan tidak mahu memanjangkan kes itu,” ujarnya. – K! ONLINE
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita dakwa ibu tersalah terima vaksin Sinovac " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.