✓✓Video Pelepasan gas kilang durian ganggu pengguna jalan raya

Pelepasan gas kilang durian ganggu pengguna jalan raya

 

KEADAAN jalan yang sesak selepas asap tebal dikeluarkan sebuah kilang yang dipercayai memproses durian di Bentong, Pahang.

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

8 Ogos 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

BENTONG: Ketika kerajaan menguatkuasakan pelepasan gas yang tidak berbahaya secara berjadual dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah peruntukan Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun, masih ada pemilik kilang yang cuai.

 

Hal ini berlaku berdekatan bandar Bentong di sini, apabila sebuah kilang memproses durian telah melepaskan gas keluar premis, tetapi tidak melalui saluran atau corong ke atas udara.

 

Pengusaha kilang itu sepatutnya cakna dengan kebersihan alam sekitar dan tidak membuang gas sesuka hati walaupun ia tidak berbahaya.

 

Kejadian itu menyebabkan gas yang dilepaskan menghala ke arah jalan raya sehingga pengguna yang kebetulan berada di situ ‘tersentak’ dan terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing.

See also  Detik Getir Bomba Selamatkan 5 dalam kereta terhumban ke tebing sungai

 

Berikutan pelepasan gas ke arah jalan raya banyak kenderaan terpaksa berhenti dan keadaan itu menimbulkan kesesakan hadapan premis sehingga pulih semula.

 

Menerusi video berdurasi 21 saat yang tular di laman media sosial Facebook rata-rata pengguna begitu marah dengan situasi berkenaan.

 

Pengguna Facebook, Aidir Haidir membuat komen tentang kejadian itu menyebut, “Liquid nitrogen je rasanya ni. Kalau korang pernah beli dry ice, celup dalam air keluar wap tu. tak bahaya pun. Sejuk je”.

 

Kemudian dibalas oleh Park Cue, “Kita semua mana tahu gas ni bahaya ke tidak.. report Jabatan Alam Sekitar Pahang (DOE)”.

 

Bagi Raja Petra Ali, beranggapan “Bahaya juga tu tak tahu gas ape tu…tau-tau balik rumah keras.. tidak ada prosedur operasi standar (SOP) cara pelepasan gas ke .. takkan main buang gitu”.

See also  Kemurungan kemungkinan punca tindakan bunuh diri di Kampar

 

Pengguna jalan raya, Rose Nainy berkata, “Baru tadi lepas lalu, seram, tidak nampak apa-apa. May be an image of road, fog and tree”.

 

Bagi Edy Putra menimbul tanda tanya mengenai kejadian itu, “Aku rasa macam stim boiler.. wap air.. bila lebih akan blow…”

 

Apapun ekoran kejadian itu, penduduk dan pengguna jalan raya meminta pemilik kilang membuat corong supaya gas atau wap dapat dilepaskan ke udara.

 

Kata Mohd. Hafis Nordin, “Kenapa tidak buat corong lepaskan gas tu ke atas.. Macam kilang Lee Rubber tu.”

 

Rata-rata pengguna menulis di laman sosial Facebook berharap JAS menyiasat kejadian berkenaan dan cepat bertindak supaya sebelum berlaku kemalangan dan gangguan lalu lintas.

 

Komen yang sama dipetik daripada Pas Kawasan Bentong Official, berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera dibimbangi membahayakan keselamatan pengguna akibat kejadian itu.

See also  PKP 2.0 : 4 lelaki melepak dikompaun RM1,000

 

Memang betul setiap teguran dan saranan penduduk serta netizen supaya ada rasa tanggungjawab pemilik kilang berkenaan dan pemantauan serta penguatkuasaan JAS dan agensi terlibat supaya kejadian itu tidak berulang.

Bukan sahaja pentingnya SOP setiap tempoh penguatkuasaan PKP ini tetapi aspek penyelenggaraan kilang terutamanya pelepasan bahan kumbahan dan wap atau gas perlu memenuhi prosedur yang sama untuk keselamatan orang ramai. -UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ✓✓Video Pelepasan gas kilang durian ganggu pengguna jalan raya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155688
Users Today : 478
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24083
Users Last 30 days : 79512
Users This Month : 49413
Users This Year : 155687
Total Users : 155688
Views Today : 782
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36294
Views Last 30 days : 122336
Views This Month : 75613
Views This Year : 238003
Total views : 238004
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares