Video✓✓ Tujuh kali nombor plat kereta dicuri monyet

Tujuh kali nombor plat kereta dicuri monyet

 

Oleh NUR HUDA MUSA

8 Ogos 2021, 10:25 am

 

PETALING JAYA – Dendam kerana pernah dibaling selipar dipercayai menjadi punca nombor plat kenderaan seorang wanita dicuri oleh seekor monyet berhampiran rumahnya sebanyak tujuh kali.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kegiatan monyet itu yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pemilik kenderaan berkenaan turut dikongsi di laman TikTok, @hhtysm dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata terhibur dengan kepintaran haiwan tersebut.

 

Di dalam dua buah video yang kini tular, jelas kelihatan seekor monyet sedang menarik nombor plat sebuah kereta berwarna merah sehingga tercabut sebelum dibawa lari masuk ke dalam hutan.

See also  Aksi berani menyelamatkan Kucing dari lemas oleh insan insan terpilih.

 

Menurut wanita itu, kejadian tersebut sudah berlaku sebanyak tujuh kali dan usaha mendapatkan nombor plat itu sering gagal, malah dia hanya terjumpa sisa-sisa serpihan nombor plat sahaja di belakang rumah.

 

“Ini antara cubaan kali keberapa tak pasti, dia nak curi nombor plat kereta. Tapi, dia tak dapat curi sebab mak aku tempik dia dari dalam rumah. Kebetulan mak nampak dia dekat depan.

 

“Ini bukti dia curi nombor plat, dah tujuh kali dia ambil. (Nombor plat) Kereta lain dia tak ambil, kereta ini sahaja dia ambil,” kata wanita tersebut.

See also  Notis Pengusiran Rumah Perlindungan Pak Mie Dengan Hampir 600 Haiwan Memerlukan Tempat Baru

 

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan tindakan haiwan tersebut selain ada yang mengatakan perkara itu berlaku kerana monyet itu mempunyai dendam dengan pemilik kenderaan berkenaan.

 

Perkara itu bagaimanapun turut dipersetujui oleh wanita tersebut yang mengaku pernah membaling selipar ke arah monyet berkenaan sehingga terkena kepalanya.

 

“Rasanya dia dendam sebab hari itu ada baling selipar dan terkena kepala dia.

 

“Tadi polis tahan dekat roadblock (sekatan jalan raya), dia tanya mana nombor plat, lepastu bagitahu monyet curi polis tu gelak je. Mesti dia tak percaya,” tulis wanita itu di ruang komen.

See also  Netizen teruja sikap lelaki buat kerja potong rumput untuk kumpul duit beli makanan kucing terbiar

 

Di dalam video terakhir, wanita itu turut berkongsi mengenai ikhtiar terakhir yang dilakukan supaya monyet tersebut tidak lagi mencuri nombor plat kenderaan berkenaan dengan memasang skru yang lebih besar pada nombor plat. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓ Tujuh kali nombor plat kereta dicuri monyet " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124578
Users Today : 4001
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22250
Users Last 30 days : 69923
Users This Month : 18303
Users This Year : 124577
Total Users : 124578
Views Today : 6055
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33834
Views Last 30 days : 108538
Views This Month : 27947
Views This Year : 190337
Total views : 190338
Who's Online : 20
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares