‘Hantu’ ketuk pintu muncul kembali

‘Hantu’ ketuk pintu muncul kembali

 

Tanjong Karang: Misteri bunyi ketukan pintu yang pernah menggemparkan penduduk daerah Sabak Bernam dan Tanjong Karang pada November tahun lalu, berulang kembali apabila beberapa penghuni mendakwa diganggu kejadian sama.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suri rumah, Rohana Ariffin, 54, berkata, pintu bilik tidur kediamannya di Batu 11, Jalan Bernam, di sini, diketuk dari luar dengan kuat oleh seseorang seolah-olah dalam keadaan marah.

 

Dalam kejadian jam 7.50 malam semalam, dia bersendirian di rumah manakala suaminya, Mohd Subekhi Kasiman, 56, berada di surau menunaikan solat Maghrib.

 

“Sebelum kejadian, saya menyidai pakaian di bahagian belakang rumah dan masuk ke dalam bilik untuk berehat seketika.

See also  Polis buru pemandu kereta rempuh khemah SJR

 

“Tidak lama kemudian, satu ketukan kuat berlaku sebanyak empat kali. Ketukan itu berlaku dalam sekelip mata menyebabkan badan saya menggigil dan lutut pula menggeletar.

 

“Malah, saya cuba mencapai telefon bimbit yang berada di atas katil, tetapi kudrat itu terhenti disebabkan ketakutan dialami,” katanya semalam.

 

Rohana berkata, kejadian itu menyebabkan dia hanya mendiamkan diri di dalam bilik sementara menunggu suaminya pulang dari surau.

 

“Kejadian ini menimbulkan tanda tanya kepada saya sebab tiada sesiapa di luar termasuk kenderaan yang keluar dan masuk dari kawasan rumah.

 

“Kalau anak-anak balik, biasanya mereka akan bagi salam. Begitu juga dengan orang yang datang ke rumah, mesti ada kelibat kenderaan mereka,” katanya ibu kepada empat anak berusia 22 hingga 36 tahun.

See also  Misteri lelaki tua bertongkat terjawab

 

Sementara itu, seorang penduduk, Nuraziela Masri, 30, berkata, adik lelakinya juga menjadi mangsa ketukan pintu misteri itu, dua minggu lalu.

 

Dia berkata, Fahmi Masri, 29, yang tinggal bersama isteri dan dua anak di Taman Ria Mas di sini, mengalami gangguan pada jam 1 pagi.

 

“Waktu kejadian, mereka sedang tidur sebelum dikejutkan dengan ketukan yang kuat pada pintu dapur belakang.

 

“Apabila adik pergi menjenguk pintu belakang, dia terdengar pula ketukan pada pintu gelongsor di hadapan. Apa yang menghairankan, gangguan itu berlaku kurang daripada tempoh dua minit,” katanya.

See also  Kasihan Suspek pecah rumah dibelasah teruk undang kemarahan penduduk dan netizen

 

Noraziela berkata, adiknya lelakinya bertindak membuka pintu dan mendapati tiada sesiapa di luar.

 

“Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia memainkan ayat suci Al-Quran melalui radio kecil sehingga suasana menjadi reda,” katanya.

 

Disiarkan pada: August 10, 2021 @ 5:32pm

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

am@hmetro.com.my

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Hantu' ketuk pintu muncul kembali " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139786
Users Today : 962
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21915
Users Last 30 days : 74442
Users This Month : 33511
Users This Year : 139785
Total Users : 139786
Views Today : 1321
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33969
Views Last 30 days : 115136
Views This Month : 51711
Views This Year : 214101
Total views : 214102
Who's Online : 42
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares