Sijil digital vaksin palsu mula dijual

Sijil digital vaksin palsu mula dijual

 

PETALING JAYA

 

Sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 dikesan mula dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi perkongsian Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd Noor di Facebook, sijil digital tersebut dijual pada harga RM15 dan memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan.

 

Antara maklumat tersebut termasuklah gambar pemilik sijil digital serta tarikh dan lokasi dos vaksin diberikan.

 

Sudah mula dijual di atas talian

See also  Covid-19: Hanya 4 kematian individu lengkap vaksin

Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vaksin ataupun mencetak sendiri sijil vaksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?,” katanya dalam hantaran tersebut.

 

Pada masa sama, beliau berkata, pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera padanya.

 

Bagaimanapun, Mohd. Rushdan berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran bagi pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci.

 

Takut tak menang tangan,” katanya bagi membalas komen seorang pengguna Facebook di ruang hantarannya tersebut.

See also  Covid-19 11 Ogos 2021: Jumlah jangkitan baru 20,780, Kematian 211

 

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu melakukan persiapan mencukupi dan melaksanakan kelonggaran yang dicadang diberikan kepada individu yang telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19.

 

Sementara itu, seorang pengguna Facebook. Md. Adhanizam Buyong berkata, penjualan sijil digital palsu itu berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu yang pertama adalah ekoran permintaan tinggi.

 

Kedua, permintaan tinggi sebab kerajaan janjikan boleh rentas daerah, dine-in, boleh pergi kerja dan boleh bercuti serta duduk di hotel.

See also  Benarkah Lori biasa Hantar Vaksin covid19

 

Jika tiada permintaan, penipuan sijil vaksinasi ini pasti tiada sebab tak ada keistimewan selepas terima dua dos vaksin,” katanya.

 

K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sijil digital vaksin palsu mula dijual " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156021
Users Today : 811
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24416
Users Last 30 days : 79845
Users This Month : 49746
Users This Year : 156020
Total Users : 156021
Views Today : 1380
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36892
Views Last 30 days : 122934
Views This Month : 76211
Views This Year : 238601
Total views : 238602
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares