Polis siasat ✓✓Video✓✓ ritual tolak bala

Polis siasat video ritual tolak bal

 

Bagan Datuk: Polis menjalankan siasatan terhadap rakaman video ritual pembersihan diri untuk menolak bala terhadap enam beranak bersama seorang sami hingga mendatangkan kecederaan di sebuah kuil di belakang rumah di Selekoh, Rungkup, di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Rakaman video yang tular di laman sosial sejak semalam memaparkan ritual seorang sami dilihat memukul enam beranak iaitu seorang lelaki berusia 54 tahun bersama isterinya, 48 tahun serta empat anak mereka berusia 15 tahun hingga 25 tahun dengan rotan yang diikat dengan kain merah.

 

Abang lelaki tersebut dikatakan membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan sami tersebut yang didakwa berniat mencederakan keluarga adiknya.

See also  TEMBAK ISTERI SEDANG TIDUR KERANA CEMBURU

 

Bagaimanapun, adiknya menafikan perkara itu dan membuat laporan polis mendakwa ritual itu adalah dengan kerelaan mereka sendiri dengan sami yang sudah dikenali.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, upacara itu hanya dihadiri keluarga mangsa sahaja tanpa orang lain dan sami terbabit adalah anak angkat mangsa.

 

Menurutnya, ketika upacara itu, sami berkenaan membaca mantera dan kemudiannya memukul beberapa kali badan mangsa, anak lelaki sulung dan isteri mangsa menggunakan rotan panjang.

 

“Mangsa, isterinya dan anak sulung mengalami kecederaan dan mereka diminta ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

See also  Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan

 

“Sami yang melakukan ritual berkenaan adalah anak angkat mangsa yang sudah dijaganya sejak bekerja dengannya sebagai pemandu lori, enam tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat abang kandung mangsa yang meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan merangkumi segala aspek berkenaan ritual dilakukan sami berkenaan jika ada niat dengan sengaja untuk mencederakan keluarga adiknya.

 

“Mangsa juga membuat laporan polis bagi mengelakkan salah faham orang ramai berkenaan ritual itu susulan penyebaran video.

 

“Kita menahan sami berkenaan dan merampas rotan di hadapan kuil milik mangsa pada 10.20 pagi, hari ini untuk membantu siasatan.

See also  Nafi tumbuk penunggang motosikal siasatan tetap dijalankan

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sudah memanggil semua saksi yang berada di tempat kejadian.

“Kita akan mengesan perakam video berkenaan dan akan menyiasat segala aspek berkenaan ritual tersebut,” katanya.

 

Disiarkan pada: Ogos 11, 2021 @ 12:01am

Noor Hidayah Tanzizi

am@hmetro.com.my

Video media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat ✓✓Video✓✓ ritual tolak bala " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378033
Users Today : 1628
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16172
Users Last 30 days : 61423
Users This Month : 5037
Users This Year : 378032
Total Users : 378033
Views Today : 2195
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24072
Views Last 30 days : 94324
Views This Month : 7360
Views This Year : 582054
Total views : 582055
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares