Restoran Puteri milik Habsah Hassan dan Rubiah Suparman akhirnya ditutup

Restoran Puteri milik Habsah Hassan dan Rubiah Suparman akhirnya ditutup

Kuala Lumpur: Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan mengambil keputusan menutup operasi Restoran Puteri di Brickfields, di sini, yang dikongsi bersama pelakon veteran Rubiah Suparman bermula semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Habsah berkata, restoran yang terkenal dengan masakan kampung sejak 1984 itu terpaksa dihentikan operasinya mulai semalam yang juga jatuh pada 1 Muharram 1443 Hijrah.

 

“Perniagaan kami, dua sahabat karib sudah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhannya terutama dalam pertengahan 1980 dan 1997 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi. Namun, ia berjaya diredah dengan jayanya.

See also  (⚠️Kemas Kini⚠️)Ringgit terus menjunam RM4.65, baru tadi RM4.64- takkan tengok sahaja

 

“Sejak dua tahun lalu, keadaan perniagaan semakin hari semakin merosot berikutan penularan Covid-19 dan kemuraman ekonomi negara. Ia bertambah sukar apabila pemilik kedai langsung tidak melayani rayuan menurunkan kadar sewa sebanyak RM15,000 sebulan.

 

“Keputusan sedih ini terpaksa dibuat bagi mengelakkan hutang sewa terus tertunggak bulan ke bulan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

See also  1 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 17,150

 

Habsah ketika dihubungi mengakui keputusan ini sesuatu yang berat dan menyedihkan, namun mereka tiada pilihan lain.

 

“Pendapatan yang turun mendadak sejak hampir dua tahun ini menyukarkan kami untuk meneruskannya walaupun sudah cuba bertahan. Pendek kata berniaga hanya untuk membayar sewa kedai dengan gaji kakitangan saja, tapi akhirnya terpaksa mengaku kalah,” katanya dengan nada sedih.

 

Habsah berkata, mereka kini mencari sesiapa yang berminat mengambil alih atau meneruskan operasi restoran ini.

See also  Restoran disyaki sediakan mi kari daging babi diserbu
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Restoran Puteri milik Habsah Hassan dan Rubiah Suparman akhirnya ditutup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378426
Users Today : 2021
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16565
Users Last 30 days : 61816
Users This Month : 5430
Users This Year : 378425
Total Users : 378426
Views Today : 2807
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24684
Views Last 30 days : 94936
Views This Month : 7972
Views This Year : 582666
Total views : 582667
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares