Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak
KUCHING, OGOS 13: Tiga orang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas rakan sekerja mereka dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah mereka sebelum menembak dirinya.

Menurut sumber, dalam insiden jam 7 pagi tadi, suspek yang berasal dari Lundu itu tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal dan terus memasuki bilik pengawal pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) TUDM di Jalan Samarahan
Suspek dikatakan terus mencapai sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas di pos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.
Menurut sumber lagi, dua anggota mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera terkena tembakan di bahagian perut telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan namun beliau kemudiannya meninggal dunia.
Difahamkan pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk membuat untuk siasatan lanjut
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.