10 jam padam kebakaran kilang

Pelabuhan Klang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa kira-kira 10 jam memadamkan kebakaran kilang kitar semula plastik di Lorong Sultan Mohamad 1, kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di sini.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, pihaknya kini sedang berusaha memastikan bara api di bawah runtuhan padam sepenuhnya sebelum meninggalkan lokasi kebakaran.
“Bomba ambil masa kira-kira 10 jam, bermula tiba di lokasi jam 8.35 malam sehingga 6 pagi tadi iaitu padam sekitar 96 peratus.
“Sekarang kita buat ‘overhaul’ membabitkan bara api di bawah runtuhan struktur bumbung dan dinding.
“Sekarang anggota sedang berusaha memadam dan buat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api sebab kilang ini terdiri dari bahan plastik yang mana mudah terbakar dan api boleh tercetus semula,” katanya selepas melakukan tinjauan lokasi kebakaran bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Razif Mohmad Haris, di sini, hari ini.
Norazam berkata, bara di bawah runtuhan struktur dan batu menjadi kebimbangan kepada pihaknya.
“Kita sedang fokus ke tempat bawah runtuhan. Ketika ini, kita sudah padam 99 peratus, tinggal bara bawah runtuhan saja,” katanya.
Beliau berkata, dalam usaha memadam kebakaran itu, pihaknya berdepan beberapa cabaran termasuk angin kuat memandangkan kawasan pelabuhan itu berhampiran laut.
“Bila sampai semalam, api sudah menjulang menyebabkan bomba sukar mendekati api yang terlampau besar itu.
“Bomba juga tidak tahu apa bahan mudah bakar dalam bangunan itu, kita dimaklumkan ada beberapa tangki cecair mudah bakar, jadi bomba bertindak menyejukkan tangki untuk mengelakkan terbakar.
“Semasa pemadaman dilakukan runtuhan struktur berlaku sama ada dinding dan bumbung,” katanya.
Norazam juga menjangkakan kerja pemadaman dapat diselesaikan sebelum 6 petang ini.
Disiarkan pada: August 12, 2021 @ 1:23pm
#Metro????????
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓10 jam padam kebakaran kilang " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.