7 pemancing cemas terperangkap bawah jambatan

7 pemancing cemas terperangkap bawah jambatan

 

KULAI – Tujuh pemancing lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap bawah jambatan di Kampung Pasir Senai di sini setelah air sungai naik ketika sedang leka memancing dalam kejadian, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syafiq Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.

See also  Dua pekerja cedera, seorang tertimbus perancah LRT 3 runtuh

 

Susulan itu katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati tujuh pemancing berumur antara 18 hingga 28 tahun terperangkap di bawah jambatan ketika memancing.

See also  Tiga cedera, lif jatuh dari tingkat dua

 

“Difahamkan semasa memancing air mulai naik secara tiba-tiba. Bomba menggunakan teknik sistem tali dan alat penyelamat Personal Floating Device (PFD) dalam usaha menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Katanya, semua pemancing tersebut berjaya diselamatkan dan tidak berlaku sebarang kecederaan dan operasi tamat pada pukul 6.32 petang. -K! ONLINE

See also  Video Warga Emas tenang lawan arus merisaukan ramai warga lebuhraya
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 7 pemancing cemas terperangkap bawah jambatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385590
Users Today : 1668
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17353
Users Last 30 days : 60906
Users This Month : 12594
Users This Year : 385589
Total Users : 385590
Views Today : 2566
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25732
Views Last 30 days : 92865
Views This Month : 18651
Views This Year : 593345
Total views : 593346
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares