CCTV ✓✓Pekerja kilang Bangladesh kuarantin merusuh

Pekerja kilang Bangladesh kuarantin merusuh

 

MELAKA – Sekumpulan pekerja kilang warga Bangladesh didakwa membuat rusuhan di sebuah asrama yang menempatkan pekerja asing di Pantai Puteri, di sini pada Khamis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mereka didakwa membuat provokasi terhadap seorang pengawal keselamatan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba untuk memberikan bantuan kepada seorang pekerja asing yang tidak sedarkan diri.

 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati rusuhan berlaku kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan berusia 33 tahun itu menguruskan salah seorang rakan mereka yang dilaporkan tidak sedarkan diri.

See also  Rakaman Lelaki mabuk bertumbuk dalam bas kilang

 

Menurutnya, pengawal keselamatan itu bertindak membawa turun pekerja yang tidak sedarkan diri dari tingkat asrama setelah ambulans tiba, namun pekerja tersebut disahkan telah meninggal dunia.

 

Menurutnya, kekecohan bermula apabila salah seorang pekerja Bangladesh enggan memberikan kerjasama sebelum membuat rusuhan di hadapan pintu pagar asrama dan melakukan kerosakan sehinggakan van ambulans yang dinaiki petugas KKM mengalami kemik dan calar.

 

Bagaimanapun katanya, pengawal keselamatan serta petugas KKM berjaya keluar dari asrama untuk menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum keadaan dapat dikawal pihak polis.

See also  Video Operasi sita motosikal roda tiga warga asing

 

“Beberapa perkakas pejabat pondok pengawal, kamera litar tertutup (CCTV), peti penggera kebakaran dan sebuah motosikal jenis Honda Wave milik pengawal keselamatan itu turut dirosakkan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM22,000,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Rakaman video yang menunjukkan kumpulan pekerja asing membuat kekecohan di sebuah asrama pekerja di Pantai Puteri, Melaka pada Khamis.

 

Jelas beliau, setakat ini tiada tangkapan dilakukan memandangkan lebih 670 pekerja asing itu sedang menjalani perintah kuarantin dan dipakaikan gelang merah jambu.

See also  Video✓✓Warga asing pandu lawan arus hampir bertembung dengan kereta grab

 

Ujarnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan menasihatkan orang ramai tidak bimbang dengan situasi itu.

 

Tular beberapa rakaman video di Facebook dipercayai berhubung rusuhan berkenaan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV ✓✓Pekerja kilang Bangladesh kuarantin merusuh " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367218
Users Today : 2130
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11850
Users Last 30 days : 64197
Users This Month : 56236
Users This Year : 367217
Total Users : 367218
Views Today : 3179
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18075
Views Last 30 days : 99216
Views This Month : 87017
Views This Year : 566083
Total views : 566084
Who's Online : 26
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares