Gaduh angkara tidak pakai pelitup muka

Gaduh angkara tidak pakai pelitup muka

 

SHAH ALAM – Cubaan seorang wanita memasuki sebuah pasar raya tanpa pelitup muka berakhir dengan pergaduhan apabila cuba dilarang pengawal keselamatan premis itu dalam kejadian di Seksyen 36, Kampung Jawa di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Insiden itu tular di laman sosial Facebook menerusi video berdurasi satu minit 17 saat di pekarangan dalam pasar raya itu sebelum dileraikan pekerja pasar raya berkenaan.

See also  31 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 17,786

 

Berdasarkan komen di laman tersebut, seorang pengguna dikenali Kecik FZ Gaming yang merupakan pekerja di pasar raya itu memaklumkan wanita itu dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan mengimbas aplikasi MySejahtera.

 

“Perempuan itu langgar pengawal keselamatan dengan troli dan mengamuk secara tiba-tiba gara sebelum memukul kerana tidak boleh masuk (pasar raya).

See also  Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19

“Memanglah salah sebab pengawal keselamatan itu pukul balik tetapi dia cuma jalankan tugas memeriksa aplikasi Mysejahtera,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataannya memberitahu, kejadian itu berlaku apabila berlaku perselisihan faham dan pergaduhan berikutan wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan pengawal keselamatan tersebut.

 

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubungnya,” katanya.

See also  Status Terkini COVID-19, 15 Ogos 2021

 

▶️KOSMO ONLINE

13.08.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gaduh angkara tidak pakai pelitup muka " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146581
Users Today : 3030
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21887
Users Last 30 days : 77979
Users This Month : 40306
Users This Year : 146580
Total Users : 146581
Views Today : 4243
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33300
Views Last 30 days : 119516
Views This Month : 61430
Views This Year : 223820
Total views : 223821
Who's Online : 28
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares