Kemaluan mengecil dan lemah libido syahwat antara simptom Covid-19

Kemaluan mengecil dan lemah libido syahwat antara simptom Covid-19

LONDON – Satu kajian mendapati sebilangan individu di seluruh dunia mengakui mengalami lebih 200 simptom Covid-19 panjang yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka, termasuk saiz zakar semakin mengecil, lapor akhbar The Sun semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kajian secara online yang dijalankan di 56 buah negara itu menemui pelbagai masalah termasuk melibatkan otak, paru-paru dan kulit pesakit.

 

Hampir 3,400 responden yang mengambil bahagian adalah mereka yang disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19.

See also  Covid-19 8 Ogos 2021: Kematian 360 Jumlah kes 18,688

 

Daripada kajian tersebut, kumpulan penyelidik mengenal pasti sebanyak 203 simptom melibatkan 10 sistem organ manusia.

 

Antara masalah utama yang dialami responden adalah kegagalan fungsi seksual serta saiz zakar yang semakin mengecil.

 

Selain itu, beberapa masalah luar biasa yang dialami termasuk menopaus pada usia lebih muda, kegagalan untuk menguap dan menangis serta sikap agresif.

 

“Dalam kaji selidik unik ini, kami menyoal secara langsung penduduk di seluruh dunia untuk mendapatkan bukti.

See also  Info Grafik 318 mati akibat Covid dan kes baru mencecah 19 21,688

 

“Jadi, ini adalah simptom Covid-19 yang paling menyeluruh yang dikesan setakat ini,” kata penulis kanan penyelidikan tersebut, Dr. Athena Akrami.

 

Tambah Akrami, kegagalan memori dan kognitif untuk berfungsi yang dialami oleh lebih 85 peratus responden merupakan gejala neurologi yang paling banyak dan berterusan.

 

“Selain itu, gejala seperti sakit kepala, kesukaran untuk tidur, vertigo, sensitif kepada bunyi bising dan cahaya serta halusinasi adalah antara simptom sensorimotor yang sering dialami,” ujarnya.

See also  Tiga pelajar laku amang seksual dihantar ke Sekolah Henry Gurney

 

Berdasarkan penemuan tersebut, pasukan penyelidik turut melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan ramai lagi pesakit yang ‘menderita dalam diam’. – AGENSI

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kemaluan mengecil dan lemah libido syahwat antara simptom Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1444
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36956
Views Last 30 days : 122998
Views This Month : 76275
Views This Year : 238665
Total views : 238666
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares