Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri – KKM

Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri – KKM

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pusat Racun Negara mengesan dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri. – Gambar fail/Facebook@prnusm

 

KUALA LUMPUR: Pusat Racun Negara mengesan dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun yang mengambil satu biji Ivermectin.

 

“Akibatnya, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.

See also  Duka tak terduga, sukarelawan urus jenazah Covid-19 kebumi ibu sendiri

 

“Kes kedua pula, seorang warga emas dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekali gus,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Sabtu.

 

Mengulas lanjut, KKM memberi amaran setakat ini, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

 

Namun, didapati terdapat aktiviti penjualan ubat ini secara tidak sah sedang berlaku.

See also  Pesakit Covid-19 berkurangan, mesin oksigen dipulangkan

 

“Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.

 

“Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut, dan pening.

 

“Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian dan malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini.

 

Oleh itu, KKM menyeru orang ramai mengelakkan pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri.

See also  Pembantu perawatan pasang kamera 'pengintip' di bilik mandi hospital
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri - KKM " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149782
Users Today : 1389
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22284
Users Last 30 days : 79504
Users This Month : 43507
Users This Year : 149781
Total Users : 149782
Views Today : 1918
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33583
Views Last 30 days : 121743
Views This Month : 66334
Views This Year : 228724
Total views : 228725
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares