Video✓✓ Polis tahan 5 ahli kongsi gelap, potong kek guna pedang samurai

Polis tahan 5 ahli kongsi gelap, potong kek guna pedang samurai

.

SHAH ALAM – Polis menahan lima lelaki menerusi tiga serbuan berasingan pada lewat malam Rabu lepas, susulan satu video yang dimuat naik di Facebook memaparkan majlis sambutan hari jadi, yang berunsurkan aktiviti kongsi gelap.

.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, menerusi video berdurasi selama 30 saat yang dikesan pihaknya itu, polis mengesyaki kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di kawasan Batu 10 Jalan Kapar, Klang dekat sini.

See also  Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 20,889

.

“Turut di kesan dari hasil pemerhatian dalam video tersebut terdapat logo atau lambang dipercayai dari sebuah kumpulan kongsi gelap (Geng 08), yang telah diwartakan sebagai pertubuhan haram di bawah kesalahan Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

.

Katanya, rakaman video tersebut juga memaparkan, sekumpulan lelaki yang telah melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan 2021, iaitu gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

See also  Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

.

 

Nurulhuda berkata, kelima-lima suspek yang berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun, dengan tiga daripada mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

.

Nurulhuda berkata, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut. – Bernama

See also  ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

.

14 Aug 2021

 

#SinarHari

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓ Polis tahan 5 ahli kongsi gelap, potong kek guna pedang samurai " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378130
Users Today : 1725
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16269
Users Last 30 days : 61520
Users This Month : 5134
Users This Year : 378129
Total Users : 378130
Views Today : 2337
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24214
Views Last 30 days : 94466
Views This Month : 7502
Views This Year : 582196
Total views : 582197
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares