Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

GOMBAK – Seorang wanita cedera ditikam pada paha kanannya dalam satu cubaan samun di Jalan 10, Taman Greenwood di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan tentang satu kejadian ragut pada pukul 4.24 petang melibatkan mangsa seorang wanita warga tempatan.

 

“Wanita berkenaan masih dalam keadaan trauma namun menurut abang mangsa, adiknya itu ada menghubunginya memaklumkan bahawa seorang lelaki tidak dikenali telah membuka pintu kereta yang dipandunya seorang diri dan cuba mengambil begnya.

See also  Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara

 

“Susulan kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan akibat tikaman pisau pada bahagian paha kanan dan telah dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

 

Menurut Zainal Mohamed, mangsa kini masih berada di Zon Merah namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

“Siasatan berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

See also  Video✓✓ Lagi kes ragut depan rumah

 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan atau menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Azrul Mustafa di talian 03-6126 2222,” ujar beliau.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Kemaskini kes ragut Farmasi Gombak 2 suspek telah ditahan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149837
Users Today : 1444
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22339
Users Last 30 days : 79559
Users This Month : 43562
Users This Year : 149836
Total Users : 149837
Views Today : 1986
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33651
Views Last 30 days : 121811
Views This Month : 66402
Views This Year : 228792
Total views : 228793
Who's Online : 29
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares