CCTV✓✓ Polis buru lelaki lakukan onani dalam kedai serbaneka

Polis buru lelaki lakukan onani dalam kedai serbaneka

BALIK PULAU – Polis sedang memburu lelaki yang bertindak jelik dengan melakukan onani di dalam sebuah kedai serbaneka di Jalan Tun Sardon di sini, pada Selasa lalu.

Insiden yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut turut tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 13 saat itu menunjukkan lelaki terbabit melakukan onani di bahagian rak menempatkan tisu di dalam kedai serbaneka tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang remaja perempuan yang juga pekerja kedai serbaneka pada jam 2.45 petang, semalam.

See also  Pembantu perawatan pasang kamera 'pengintip' di bilik mandi hospital

 

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati suspek memasuki premis itu pada jam 8 malam dan ketika kejadian pengadu berusia 17 tahun berada seorang diri.

“Suspek yang dikenalinya itu masuk untuk membeli barang sambil berbual berkenaan kondom sebelum berjalan ke arah bahagian rak tisu dalam kedai itu.

See also  Serang polis: Pihak tokong serah diri, mohon maaf

“Apabila sampai di ruangan itu,suspek tiba-tiba melakukan perbuatan melancap.

“Terkejut dengan perbuatan suspek, mangsa bersembunyi di dalam bilik stor bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, suspek beredar dari lokasi kira-kira 30 minit kemudian.

“Setakat ini,belum ada sebarang tangkapan dibuat dan usaha menjejaki suspek giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan,” ujar Kamarul Rizal.

Sehubungan itu, Kamarul Rizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

See also  Suasana Tegang Angkara pemandu mabuk lagi

▶️MALAYSIA GAZETTE

12.08.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV✓✓ Polis buru lelaki lakukan onani dalam kedai serbaneka " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385560
Users Today : 1638
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17323
Users Last 30 days : 60876
Users This Month : 12564
Users This Year : 385559
Total Users : 385560
Views Today : 2511
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25677
Views Last 30 days : 92810
Views This Month : 18596
Views This Year : 593290
Total views : 593291
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares