Jangan bahayakan diri dengan pengambilan ivermectin

Jangan bahayakan diri dengan pengambilan ivermectin

August 16, 2021

 

Oleh Faezah Muda

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ivermectin merupakan ubat antiparasit untuk melawan kecacingan dalam tubuh khusus buat haiwan sahaja.

 

Terbaharu, dua orang dilaporkan mengalami keracunan akibat mengambil Ivermectin tanpa saranan dan kawalan pihak hospital.

 

 

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Pusat Racun Negara mendedahkan:

 

Kes pertama – Individu 35 tahun mengalami sesak nafas berpanjangan selama lima hari selepas mengambil sebiji pil Ivermectin.

 

Kes kedua – Warga emas tidak sedarkan diri selepas mengambil 15 pil Ivermectin sekali gus.

See also  Sembilan anjing mati dipercayai diracun

 

Dua kes ini yang hanya dilaporkan kepada Pusat Racun Negara tetapi sudah cukup untuk dijadikan pengajaran betapa bahayanya mengambil Ivermectin secara sembrono.

 

Belum ada antidot atau rawatan khusus untuk pesakit yang mengalami keracunan akibat Ivermectin.

 

Tiada ubat yang boleh mencegah atau merawat Covid-19 termasuklah Ivermectin. Hanya vaksin yang terbukti boleh mencegah atau mengurangkan risiko teruk Covid-19 setakat ini.

 

Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing secara sesuka hati.

See also  14 OGOS 2021 Info Covid-19 Kes Positif harian 20670 Kematian 260

 

Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia.

 

Tiga kajian dijalankan bagi menilai kemampuan Ivermectin mencegah Covid-19 dan keputusannya juga TIDAK menunjukkan ia dapat mencegah Covid-19. (Sumber: Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah).

 

Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermectin boleh mencegah atau merawat Covid-19.

See also  Operasi tangkap lembu merayau bebas

 

Antara kesan sampingan Ivermectin;

 

1. Pening

 

2. Sawan

 

3. Alahan

 

4. Koma

 

5. Muntah

 

6. Kematian

 

Sumber: KKM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan bahayakan diri dengan pengambilan ivermectin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367387
Users Today : 2299
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12019
Users Last 30 days : 64366
Users This Month : 56405
Users This Year : 367386
Total Users : 367387
Views Today : 3434
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18330
Views Last 30 days : 99471
Views This Month : 87272
Views This Year : 566338
Total views : 566339
Who's Online : 25
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares