Kes Kecemasan Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja

‘Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja’

 

Kuala Lumpur: Jika semalam seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, hari ini pengarahnya mengesahkan perkara itu.

 

Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku sejak sebulan lalu dan paling ketara, seminggu kebelakangan ini.

 

“Alhamdulillah, jika kita bandingkan kemasukan pesakit Covid-19 sejak sebulan lalu, boleh nampak penurunan kes yang masuk melalui Jabatan Kecemasan.

 

“Kalau sebulan dulu, kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja,” katanya ketika ditemui di HKL.

 

Beliau yakin kerjasama rakyat dalam pengambilan vaksin, melakukan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada situasi ini.

See also  29 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 17,170

 

Dr Rohana berkata, kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan trend penurunan amat ketara terutama dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaskin.

 

“Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan namun jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tidak mempunyai sejarah vaksin,” katanya.

 

Beliau berkata, lebih melegakan, keadaan terkini itu turut memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.

 

Dr Rohana yakin bahawa trend penurunan ini akan berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit termasuk inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) serta hospital swasta yang sedia menerima pesakit bukan Covid.

See also  Kemaluan mengecil dan lemah libido syahwat antara simptom Covid-19

 

“Juga inisiatif kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarelawan sama ada secara klinikal atau bukan klinikal yang membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan HKL,” katanya.

 

Tinjauan mendapati dua wad yang sebelum ini dikhaskan bagi merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali dijadikan wad untuk merawat pesakit bukan Covid-19 zon kuning sejak seminggu lalu.

 

Difahamkan wad yang mampu menempatkan 30 orang pada satu-satu masa itu pernah dihuni 70 pesakit Covid-19 dengan dilengkapi katil kanvas sementara.

 

Kini katil kanvas itu diletakkan di satu sudut dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan, begitu juga dengan puluhan tangki oksigen dan ventilator.

 

Katil katil kosong juga dapat dilihat di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.

See also  Duka tak terduga, sukarelawan urus jenazah Covid-19 kebumi ibu sendiri

 

Sebelum ini, Pakar Anestesiologi di HKL Dr Hana Hadzrami berkongsi kelegaan apabila kes rujukan dari Jabatan Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu yang membabitkan pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurangan.

 

“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebook.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes Kecemasan Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363698
Users Today : 317
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10593
Users Last 30 days : 66048
Users This Month : 52716
Users This Year : 363697
Total Users : 363698
Views Today : 412
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16338
Views Last 30 days : 101878
Views This Month : 81677
Views This Year : 560743
Total views : 560744
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares