Kompaun RM62,000 berhimpun memperingati korban Covid-19.
Perhimpunan yang sengaja diadakan untuk menyusahkan rakyat dan pihak berkuasa
Kuala Lumpur: Seramai 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang putih pada program memperingati mereka yang gugur disebabkan pandemik Covid-19 dikompaun RM62,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya berkata, tindakan diambil selepas Pasukan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan mereka berhimpun di Dataran Merdeka pada 8 malam tadi.
Katanya, kesemua mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 itu terlebih dahulu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.
“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (perhimpunan tanpa notis); Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (no. 2) 2021 (kawalan berhimpun).
“Setiap seorang dikompaun RM2,000 setiap seorang sebaik sahaja keterangan selesai diambil,” katanya dalam kenyataan.
Noor Dellhan menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓ Kompaun RM62,000 berhimpun memperingati korban Covid-19. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.