Video ✓✓Lelaki dari England jalan kaki ke Mekah

Lelaki dari England jalan kaki ke Mekah

 

LONDON – Berita Seorang lelaki dari England menjadi sensasi internet kerana melakukan misi untuk mengerjakan haji di kota suci Mekah dengan berjalan kaki secara solo sejauh 6,437 kilometer, lapor portal berita Birmingham Mail kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Adam Mohammed yang berasal dari bandar Wolverhampton, melakukan misi tersebut dengan hanya berbekalkan sebuah ‘troli’ yang dibinanya sendiri yang berfungsi sebagai ‘rumahnya’.

 

Troli seberat 200 kilogram hingga 250 kilogram itu mengandungi makanan dan peralatan memasak serta akan menjadi tempat tidurnya untuk pengembaraan selama setahun itu.

See also  (TikTok) Jatuh Telungkup & Rebah Tiba2, Wanita Thailand Meninggal Semasa 'Live' Memasak

 

Berdasarkan akaun TikToknya, @peacejournyfromuktomecca, Adam memulakan perjalanannya pada 2 Ogos lepas. Pada awal minggu ini, seorang pengguna memberitahu bahawa dia meihat lelaki itu berjalan di bandar Coventry, England.

 

Ketika melalui negara itu sahaja, Adam berjaya mengumpul lebih 400,000 pengikut di TikTok dan 2.8 juta tanda suka daripada pengguna yang kagum dengan semangatnya.

 

Meskipun terpaksa meninggalkan isteri dan dua anaknya, lelaki itu tetap bersemangat tinggi dan berkongsi kisah perjalanannya setiap hari secara live.

See also  Ibu Gigih Beri Sokongan, Anak Kecil Berkaki Palsu Gembira Berjaya Panjat Bukit

 

Ketika dalam perjalanan, dia turut menerima pelbagai bantuan termasuk makanan daripada penduduk setempat selain sumbangan wang tunai daripada orang ramai yang dibuat menerusi kutipan dana.

 

Berdasarkan keterangan pada laman web kutipan dana tersebut, seorang individu yang pernah bercakap dengan Adam memberitahu, lelaki itu melakukan misi tersebut bukan kerana wang atau populariti.

 

“Dia ingin memberitahu kepada semua orang di seluruh dunia bahawa kita semua adalah sama dan tiada sesiapa yang lebih baik daripada orang lain,” katanya.

See also  Rakaman Pemain bola kebangsaan antara warga Afghan maut jatuh dari pesawat –

Adam dijangka tiba di Mekah sebelum musim haji pada tahun 2022. – Agensi

Lelaki dari England jalan kaki ke Mekah

 

=======================????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video ✓✓Lelaki dari England jalan kaki ke Mekah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140064
Users Today : 1240
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22193
Users Last 30 days : 74720
Users This Month : 33789
Users This Year : 140063
Total Users : 140064
Views Today : 1721
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34369
Views Last 30 days : 115536
Views This Month : 52111
Views This Year : 214501
Total views : 214502
Who's Online : 30
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares